‘Camp4k’ biji dalam pasu pokok hiasan, sebulan kemudian wanita ini terk3jut ada buah tembikai! – “Sebelum ni tan4m asyik tak menjadi”

RAKAMAN seorang wanita secara tidak seng4ja menanam pokok tembikai di dalam pasu menarik perhatian ramai kerana buah tersebut selalunya ditanam di kawasan yang luas.

Video tersebut meraih sebanyak 400,000 tontonan dan pengguna di aplikasi TikTok terpegun melihat perkongsian tersebut.

Nadia turut menanam pokok buah tembikai di bahagian tepi dan luar rumahnya.

Berkongsi cerita dengan mStar, Nadia Hanani Ahmad Suhaimi, 22, berkata, dia merakam video tersebut sebagai kenangan kerana tidak menyangka biji buah tembikai yang disemai di dalam pasu pokok hiasan mampu tumbuh dan menghasilkan buah.

Jelasnya lagi, dia pada asalnya hanya mahu menyemai biji benih itu dan merancang memindahkan anak pokok ke tapak tanaman biasa untuk ia tumbuh, seterusnya menghasilkan buah.

“Sebenarnya saya rakam video tu untuk upload di IG Story je sebab tak sangka pokok tembikai yang ditanam dalam pasu pokok hiasan tu boleh berbuah.

“Mula-mula memang semai biji benih dalam pasu dulu sebelum nak dipindahkan ke dalam ‘polybag’ di tapak tanaman biasa. Tapi disebabkan terlalu sibuk, saya biarkan je dalam pasu tu.

“Saya rasa dalam masa sebulan pokok tu terus keluarkan buah, satu pokok ada sebiji buah. Dalam video tu sebenarnya ada dua pokok kalau orang perasan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya ada tanam lagi pokok tembikai di belakang dan tepi rumah. Semua sekali ada empat pokok tembikai yang saya tanam dan menjadi kali ni,” katanya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.

Walaupun pokok itu hanya menghasilkan buah yang bersaiz kecil, namun ibu dan bapanya Hasnah Yahaya, 53, dan Ahmad Suhaimi Bahari, 56, tetap memberi galakan kepada anak kedua dalam keluarga ini untuk terus bercvcuk tanam di kawasan rumah mereka yang terletak di Beranang, Selangor.

“Sebelum ni pernah tanam guna biji benih yang dibeli, tapi pokok tak tumbuh besar, tak keluar buah dan terus m4ti. Yang hidup ni semua tanam guna biji dari buah tembikai beli di pasar raya.

“Tak sangka pula buah tembikai tu tumbuh walaupun menumpang di dalam pasu yang ada pokok lain. Kalau nak tahu, adik beradik selalu complaint kalau saya tanam tembikai je, mesti buahnya tak pernah besar macam yang dijual di kedai.

IMG_7398

Buah tembikai yang di tanam di dalam pastu itu mempunyai rasa yang manis.

“Jadi mereka suruh saya tanam sayur-sayuran je yang mengeluarkan hasil banyak. Tapi mak dan ayah pula gembira je, setiap kali bercvcuk tanam, lepas dah dapat hasil mereka akan suruh saya tanam lagi.

“Walaupun buah tembikai dalam pasu tu kecil je saiznya, tetapi rasanya manis sekali. Tak sabar rasanya nak tunggu buah tembikai di bahagian luar rumah tu masak,” ujarnya yang mesra disapa Nadia.

Menurut anak kedua daripada lima beradik ini, dia mula bercucuk tanam pada tahun 2020 kerana aktiviti ini mampu membuatkan dia tenang malah dapat melakukannya tanpa g4ngguan.

Tambahnya lagi, dia banyak menimba ilmu tanaman daripada internet dan juga neneknya, Salbiah Ismail, 76, yang merupakan seorang petani suatu ketika dahulu.

“Saya mula berjinak dalam hobi ini sejak hujung 2020. Sebab bercvcuk tanam ni senyap, tak ada orang kac4u dan saya boleh buat kerja seorang diri dengan tenang je.

“Setiap kali tanaman tumbuh, saya rasa gembira dan puas h4ti sangat. Bila tengok tanaman itu perlahan-lahan dan membuahkan hasil memang bagi perasaan rasa puas h4tilah, tak boleh nak gambarkan macam mana.

Saya rasa semua orang termasuk saya kena bersabar je la menunggu pokok tumbuh dan keluarkan hasil.

NADIA HANANI AHMAD SUHAIMI

“Dalam keluarga, mak lagi banyak bercvcuk tanam… dia tanam pokok hiasan keliling rumah.

“Selain tembikai, saya ada tanam sayur juga seperti bendi, terung telunjuk, cili, kangkung, bayam dan keledek,” katanya, sambil menambah neneknya turut menetap bersama mereka sekeluarga.

Nadia langsung tidak menyangka perkongsian video tersebut akan meraih tontonan yang tinggi tetapi seronok apabila menerima pelbagai tip di ruangan komen.

Dia juga berpesan kepada mereka yang mempunyai hobi sama sepertinya untuk banyak bersabar sementara menunggu tanaman mereka untuk tumbuh.

“Saya memang tak sangka langsung pun dapat view tinggi macam tu. sebab fikir upload tu untuk buat koleksi video tanaman sendiri sahaja.

“Tapi seronoklah sebab dapat banyak tip pasal tanaman yang orang kongsi di ruangan komen.

IMG_7400

Nadia (kiri) mendapat sokongan daripada ibu bapanya untuk meneruskan hobi bercucuk tanam.

“Saya rasa semua orang termasuk saya kena bersabar je menunggu pokok tumbuh dan keluarkan hasil.

“Mereka juga boleh dapatkan tip daripada Google dan YouTube bagaimana cara untuk mendapatkan hasil yang lebih bagus,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "‘Camp4k’ biji dalam pasu pokok hiasan, sebulan kemudian wanita ini terk3jut ada buah tembikai! – “Sebelum ni tan4m asyik tak menjadi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*