Pelitup Muka PU Riz & Neelofa ‘Sold Out’ Tak Sampai 3 Jam!

Tidak sampai tiga jam dilancarkan, pelitup muka keluaran PU Riz dan Neelofa habis terjual sebanyak 220,000 helai pada Selasa.

Menurut Haris atau nama sebenarnya Haris Ismail, dia sendiri tidak menjangka sambutan yang amat menggalakkan terhadap produk keluaran syarikatnya iaitu Markaz Tijaari.

“Alhamdulillah saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

“Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang kita dalam usaha untuk menambah stok,” katanya menerusi satu kenyataan yang dihantar.

Sementara itu, Haris menambah, pelitup muka Gholak yang bermaksud tertutup ini mempunyai empat lapisan yang berkualiti dan dapat mencegah penvlaran w4bak C0VlDl9.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

Jelasnya, pihak mereka juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang.

“Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran.”

“Kami dah rancang untuk keluar sejak Disember lalu tapi ambil masa sedikit disebabkan kami ingin pastikan ia betul betul berkualiti.

“Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna,” ujarnya.

Selain pelitup muka, syarikat PU Riz dan Neelofa itu sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

Sekadar info, PU Riz dan Neelofa bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan pada 27 Mac lalu di sebuah hotel lima bintang di ibu kota.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Pelitup Muka PU Riz & Neelofa ‘Sold Out’ Tak Sampai 3 Jam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*