“Kami nk full version” – [Vide0] G4dis Suara Iras Jaclyn Victor, Buat Cover Keranamu Malaysia Sampai Netizen Kagum

Baru saja beberapa hari lepas, kita menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-64. Selain daripada sejarah tentang kemerdekaan negara kita, lagu-lagu kemerdekaan juga antara perkara yang paling diingati sewaktu tibanya hari tersebut.

Macam kisah yang nak dikongsi kali ini, apabila nafas baru diberikan ketika mereka membuat cover untuk sebuah lagu kebangsaan.

Rose & Lisa Versi ‘Tesco’

Beberapa hari lalu, sebuah video yang menunjukkan aksi seorang g4dis bersama seorang g4dis cilik buat cover lagu Keranamu Malaysia jadi perhatian ramai.

Menerusi posting yang dikongsikan oleh @roxyixzy, menunjukkan yang dia bersama adik kecilnya itu memakai rambut palsu ala-ala ahli kumpulan K-pop Blackpink iaitu Lisa dan Rose. Roxy yang ketika itu tengah feel lagu tersebut, sempat lagi kononnya menyapa orang yang menonton mereka.

Namun bila mula saja Roxy menyanyi, ternyata suaranya bukanlah di tahap yang biasa-biasa. Malah dia juga ada mengubah sedikit cara nyanyian lagu tersebut dengan cara yang lebih moden.

Video:

@roxyixzy

dont lie, this is our mood everytime this song plays. #blackpink #tiktokmalaysia #fyp #tiktoksarawak #tiktoksabahan

♬ original sound – roxyixzy – roxyixzy

Si kecil cvri perhatian

Walau bagaimanapun, persembahan itu bukan saja tertumpu pada nyanyian Roxy malah pada tarian yang adiknya persembahkan.

Pada mula saja si kakak menyanyi, adiknya itu terus menari bagaikan seorang profesional dan mengikuti irama dengan sebaiknya. Bukan tu saja, si cilik tu juga turut selitkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan kena dengan lirik yang dinyanyikan. Kreatif betul dia.

Disebabkan keunikan yang ditonjolkan mereka, video tersebut sehingga kini telah meraih lebih dari 216k views di TikTok.

“Suara dia sedap gil4”

Selepas meninjau ke ruangan komen, ternyata ramai yang terpegun dan kagum dengan persembahan ditunjukkan oleh mereka itu. Ramai juga yang merasakan bahawa suara Roxy itu iras dengan penyanyi terkemuka tanah air Jaclyn Victor.

Selain itu juga, ramai terhibur dengan aksi tarian oleh si cilik itu yang dilihat betul-betul menjadi tumpuan persembahan berkenaan.

Komen netizen:

Pergh kalau macam ni punya sedap, min pun nak dengar full cover dari dorang ni. Mantap!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Kami nk full version” – [Vide0] G4dis Suara Iras Jaclyn Victor, Buat Cover Keranamu Malaysia Sampai Netizen Kagum"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*