Wanita ini tak menang t4ngan jawab mesej anak muda selepas ded4h bidang pengajian paling laris masa kini – “Kesian tengok keadaan sekarang”

PELUANG kerja menjadi ket4kutan utama golongan muda masa kini khususnya yang baru menamatkan pengajian di universiti.

Ditambah dengan p4ndem1k C0vldl9 yang mel4nda sejak lebih setahun lalu, peluang itu semakin t1pis sehingga ada yang terp4ksa mencari alternatif lain demi meneruskan kel4ngsungan hidup.

Di aplikasi TikTok, seorang wanita tampil berkongsi video mengenai bidang pengajian yang disifatkannya paling laris dan mudah untuk mendapat peluang kerja.

Cikwa merupakan ibu kepada seorang cahaya mata.

Menurut Nur Najjwa Mohd Yatim, 28, dia beranggapan bidang Pengurusan Perniagaan mempunyai cabang kerja yang meluas dan menjamin peluang lebih cerah buat anak muda.

“Saya tergerak h4ti nak kongsi video topik itu kepada orang ramai. Adik saya juga ada bertanya soalan sama. Jadi apa s4lahnya saya kongsi sesuatu yang berfaedah di TikTok.

“Pendapat saya, jurusan bisnes bukan fokus pada satu cabang pekerjaan saja. Saya sendiri ambil bidang bisnes, lepas tu saya tengok kebanyakan peluang kerja yang diiklankan meletakkan pengajian perniagaan sebagai requirement mereka.

“Bidang ini tidak fokus satu bidang tapi boleh buat macam-macam dari Sumber Manusia, bahagian Pemasaran, Kewangan, Insuran dan sebagainya,” ujarnya yang mesra disapa Cikwa.

Menurut Cikwa, dia tak menyangka video itu meraih lebih 600,000 tontonan di TikTok sehingga dia dihujani pelbagai mesej dan komen berkaitan isu itu.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jelas Cikwa lagi, dia sekadar memberi pendapat peribadi dan tidak kisah jika ada yang tak setuju dengan perkongsian itu.

“Saya ada baca komen. Saya tak sangka video itu jadi viral. Ada yang setuju, ada tak setuju. Masing-masing ada pendapat. Saya pun hanya bagi pendapat saya.

“Dengan enam tahun pengalaman kerja, saya dah tiga kali tukar kerja. Ia bergantung kepada n4sib dan rezeki juga. Ini cuma cadangan saya.

“Sangat ramai adik-adik mesej, WhatsApp dan direct message (DM) saya. Mereka tanya pendapat mengenai bidang yang diceburi. InsyaAllah saya balas semua, cuma lambat sikit,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata itu.

Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat.

CIKWA

Kata Cikwa, sesiapa sahaja perlu mengejar minat mereka, namun dia berpendapat ia juga harus sejajar dengan keperluan pasaran masa kini.

“Apa sahaja kita kena buat dengan minat, sebab minat akan motivate kita, tapi saya juga melihat kepada pasaran sekarang.

“Kita cari jurusan yang mudahkan kita, pilih sesuatu yang memberi masa depan. Saya melihat apa yang perlu pada masa ini. Apa yang pasarannya lebih tinggi?

“Kena seimbangkan minat dan keperluan. Kalau pendapat saya, saya ikut keperluan pasaran. Kemudian baru ikut minat kerana ia boleh dipupuk.

cikwa4

Kata Cikwa, dia meraikan perbezaan pendapat di laman TikTok miliknya.

“Saya sememangnya kesi4n tengok keadaan sekarang, dengan p4ndem1k yang mel4nda. Kita pun tak sangka ia akan berlaku, semua di tangan Allah. Tapi kita kena cari alternatif untuk berusaha, tak boleh d0wn lama-lama, tak boleh memilih sangat,” ujarnya lagi.

Mengenai dirinya, Cikwa yang menetap di Cyberjaya merupakan eksekutif di sebuah syarikat di ibu negara.

Selain itu, Cikwa kini sedang menyambung pengajian secara sambilan dalam bidang Pemasaran di UiTM Perlis.

Cikwa juga ada menjalankan bisnes pakaian secara dalam talian sejak lima tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Wanita ini tak menang t4ngan jawab mesej anak muda selepas ded4h bidang pengajian paling laris masa kini – “Kesian tengok keadaan sekarang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*