Pak guard ini cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM… s4nggup tinggal di asrama, naik van pekerja demi pengalaman makan gaji

KEPUTUSAN peperiksaan seorang anak muda ketika dia di sekolah rendah sehingga sekolah menengah bukan biasa-biasa.

Buktinya, dia meraih 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), 9A – Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), 8A – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan 3.58 untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Namun tind4kan pemuda yang memiliki keputusan peperiksaan cemerlang itu memilih untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan, ternyata mengejutkan banyak pihak.

Pemuda berkenaan, Muhammad Danial Rohaizat berkata, dia mula bertugas sebagai pengawal keselamatan di Klang, Selangor, sejak empat bulan lalu.

Keputusan cemerlang STPM.

Siapa sangka anak muda yang berusia 20 tahun itu s4nggup merantau sejauh beratus kilometer dari kampung halamannya di Kota Bharu, Kelantan demi mencari rezeki dan pengalaman.

“Kebiasaannya sesetengah anak muda kurang berminat untuk kerja macam ni, malah antara mereka tak pandang pun. Orang pandang guard ni tahap akademiknya rendah.

“Tapi saya sukarela kerja guard sebab nak cari pengalaman. Saya merancang untuk sambung belajar di universiti, sebab tu nak kerja dan simpan duit,” katanya kepada mStar.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mengulas lanjut, pemuda yang mesra disapa Danial ini berkata, dia berminat untuk menceburi bidang keusahawanan dan mahu menyambung pengajian dalam jurusan itu.

“Saya memang buat bisnes sejak zaman belajar. Saya ada tern4k itik di kampung, bermula 100 ekor itik telur dan kini beralih kepada ternakan kira-kira 50 itik daging.

“Selain itu, saya juga jadi ejen jual svsu segar. Setiap minggu saya ke kilang svsu, borong kira-kira 200 botol dan jual semula.

“Purata keuntungan bulanan saya dianggarkan RM1,500. Saya tak minta duit mak ayah, untung bisnes saya gunakan untuk belanja, membeli barang keperluan di rumah dan buat simpanan,” katanya sambil menambah bapanya merupakan peniaga pakaian terpakai (bundle).

guard spm 8a 5

Danial mengusahakan ternakan itik telvr dan itik daging.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, dia mahu mencari pengalaman sebagai pengawal keselamatan dengan bekerja makan gaji.

“Dah biasa kerja sendiri. Jadi saya mahu kerja bawah orang dan bertugas dalam persekitaran di mana pers3psi segelintir masyarakat bahawa guard adalah kerja di tahap rendah.

“Saya nak cari pengalaman duduk di luar, tanpa ahli keluarga, hidup berdikari. Dapat kumpul duit sendiri dengan bekerja makan gaji tanpa keluarkan modal.

Orang pandang guard ni tahap akademiknya rendah. Saya sukarela kerja guard sebab nak cari pengalaman.

DANIAL

“Tapi kerja guard ni sama konsepnya macam bisnes. Saya jadi guard, kerja dengan syarikat sekuriti dan kilang tempat saya bekerja adalah klien kepada syarikat sekuriti tu.

“Jadi, saya perlu betul-betul jaga apa yang klien nak. Kilang akan bagi company saya (sekuriti) keuntungan, dan saya sebagai pekerja kena tahu apa keperluan klien, sama macam bisnes,” tambahnya.

guard spm 8a 4

Foto kanan Danial (kiri) bersama seorang pelanggan yang membeli svsu segar.

Tidak mahu sekadar fokus pada bisnes svsu segar dan ternakan itik, anak muda yang suka bersenam ini mahu menumpukan pemasaran digital pada masa akan datang.

“Kerja sebagai guard tetap mencabar iaitu masa, waktu kerja saya 12 jam sehari dan kira-kira dua atau tiga jam untuk perjalanan pergi dan balik dari rumah ke tempat kerja dengan pengangkutan yang disediakan,” katanya yang menetap di asrama pekerja di Petaling Jaya.

guard spm 8a 6

Danial (kiri) bersama rakan setugas.

Danial berkata, fokus 10 tahun pertama akan datang adalah mengumpul pendapatan pasif sambil memetik kata-kata penulis buku kewangan terlaris dan terkenal, Robert Kiyosaki.

“Buku Rich Dad P0or Dad tulisan Robert Kiyosaki mengubah mindset saya. Beliau kata orang m1skin bekerja untuk dapatkan wang, dan orang kaya, wang bekerja untuk mereka.

“Contohnya saya buat video YouTube, perlu sekali je tapi income berterusan. Saya boleh melakukan macam-macam perkara lain. Itulah impian besar saya untuk 10 tahun pertama,” ujarnya yang menjadikan ikon pelaburan dan hartanah, Faizul Ridzuan sebagai idola.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Pak guard ini cemerlang UPSR, PT3, SPM, STPM… s4nggup tinggal di asrama, naik van pekerja demi pengalaman makan gaji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*