Bos beri cuti tanpa gaji sejak awal p4ndem1k, pemuda ini jadi tukang jahit dari rumah… lega dapat tempahan – “Orang kata lelaki lembvt, saya OK je”

P4NDEM1K C0vldl9 yang tak berkesudahan mem4ksa ramai rakyat di negara ini mencari alternatif dalam mencari sumber pendapatan.

Begitu juga yang dilalui pembantu pereka fesyen ini apabila dia diberi cuti tanpa gaji oleh majikannya sejak tahun lalu.

Engg4n mengelvh dengan nas1b yang menimpa, Mohamad Amir Mohd Husin, 24, mula mengambil tempahan baju dan memulakan ‘butik’ sendiri di kediamannya di ibu negara.

Amir sebelum ini belajar bidang fesyen di IKBN.

“Sebelum ini saya bekerka sebagai assistant kepada seorang pereka fesyen. Disebabkan p4ndem1k, saya diberi cuti.

“Jadi sejak tahun lepas, saya buat (baju) sendiri. Saya menjahit dari rumah di Kuala Lumpur.

“Untuk tempahan baju, masa awal-awal saya bermula, kawan-kawan banyak bagi sokongan. Saya minta mereka tolong promosi, dari situ ramai customer datang.

“Saya buat semua, dari baju pengantin, baju kurung, dress, pakaian lelaki, pakaian kanak-kanak dan macam-macam lagi,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Amir, jejaka yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan itu mengakui tak pernah menyes4l terjun ke bidang fesyen, sebaliknya komited untuk mengejar impian.

Amir juga tidak kisah sekiranya dilabel sebagai tukang jahit mahupun pereka fesyen, namun apa yang penting dia mahu merealisasikan setiap permintaan pelanggan dengan sebaik mungkin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Bagi saya, saya tak pernah menyes4l masuk bidang fesyen sebab orang sentiasa bertukar baju. Baju kahwin pun orang sentiasa mencari kelainan.

“Saya juga tak kisah dilabel sebagai tukang jahit atau pereka fesyen. Yang penting saya nak realisasikan impian pelanggan.

“Bisnes memang ada cab4ran, tapi Alhamdulillah semuanya OK berbekalkan penagalaman saya bekerja selama setahun sebelum ini.

Kalau kata fesyen, orang kaitkan dengan lelaki lembvt. Bagi saya OK saja, asalkan minat

AMIR

“Saya juga memasang impian untuk ada butik dan jenama sendiri tidak lama lagi,” ujar anak keempat daripada lima beradik itu.

Mengenai dirinya, Amir mengakui minat membuat lakaran fesyen sejak zaman sekolah lagi dan turut mendapat sokongan keluarga untuk menyambung pengajian dalam bidang itu.

Kata Amir, ada juga yang beranggapan neg4tif terhadap bidang fesyen yang selalunya sinonim dengan lelaki lembvt, tapi dia enggan memandang perkara neg4tif dan mahu mengejar minat sehingga menjadi insan berjaya suatu hari nanti.

amir2

Amir simpan hasrat untuk memiliki jenama sendiri suatu hari nanti.

“Saya minat sejak zaman sekolah. Memang hobi saya suka melukis. Walaupun tak cantik, tapi saya confident saja.

“Masa sambung diploma di Insitut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dalam bidang ini, keluarga bagi sokongan.

“Tapi ada orang lain yang pandang an3h, sebab kalau kata fesyen, orang kaitkan dengan lelaki lembvt. Bagi saya OK je, asalkan minat,” ujar Amir yang sering berkongsi video hasil jahitannya menerusi aplikasi TikTok

Antara posting yang mencuri tumpuan tentunya video Amir menggayakan baju v4ks1n yang dijahit olehnya sendiri baru-baru ini.

Video itu sehingga kini sudah meraih lebih 35,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Bos beri cuti tanpa gaji sejak awal p4ndem1k, pemuda ini jadi tukang jahit dari rumah… lega dapat tempahan – “Orang kata lelaki lembvt, saya OK je”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*