Lelaki ini lawat rakan berg3lut s4ra keluarga! Beli rumah harga RM100, cari rezeki guna perahu pinjam – “Telefon dah jual nak beli barang dapur”

Ibarat k4is pagi makan pagi, k4is petang makan petang.

Begitulah kehidupan seorang nelayan yang hidup dalam keadaan yang serba kekvrangan bersama keluarga kecilnya.

Video itu yang dimuat naik oleh seorang pemuda memaparkan keadaan dapur terbuka rumah nelayan tersebut sekali gus menampakkan pemandangan indah laut di luar.

Posting tersebut meraih sebanyak 34,000 tontotnan di aplikasi TikTok.

Rumah ini dibina oleh penduduk Pulau Sebangkat dan dibeli oleh Azwan dengan harga RM100.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Rafsanjani Salleh, 30, berkata, nelayan berkenaan ialah rakannya, Azwan Razak, 30 yang telah dua tahun menetap di rumah yang terletak Pulau Sebangkat, Semporna, Sabah.

Jelasnya lagi, rumah yang dibina sendiri oleh penduduk di kawasan perkampungan itu dibeli oleh rakannya dengan harga RM100.

“Rumah yang dia duduk tu, dibeli dua tahun dahulu dengan harga RM100 sahaja. Dia beli dengan orang pulau di sini juga, kelengkapan selebihnya ditambah sendiri.

“Dulu tak ada tenaga elektrik pun dalam rumah dia, baru-baru ini saya pasangkan tenaga solar secara percuma untuk mereka sekeluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Kalau dari segi kesihatan, Alhamdulillah mereka sihat cuma ada mas4lah dari segi kewangan. Sebab tiada pendapatan tetap dan suk4r untuk mendapatkan barangan keperluan harian,” katanya

Dia yang mesra disapa Rafsanjani berkata, rakannya itu sudah tiga tahun bekerja sebagai pemandu pelancong sambilan di syarikatnya pelancongan miliknya.

Ceritanya lagi, ketika bertugas Azwan akan membawa pelancong berenang di pulau-pulau yang berada di sekitar kawasan Semporna, Sabah.

“Tiga tahun Azwan bekerja sambilan sebagai pemandu pelancong dengan saya, dia bawa mereka berenang di pulau sekitar kawasan Semporna. Dulu dia bekerja dengan saya, ada la dapat upah dalam RM30 hingga RM35 sehari.

“Tetapi sejak C0vldl9 ni dia terp4ksa pinjam perahu untuk turun ke laut bagi mencari sumber makanan. Sehingga telefon bimbit yang dia ada tu pun terp4ksa dijual untuk beli barang dapur.

“Hasil laut yang dia dapat tu akan dijual, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca serta perahu yang dipinjam. Hasil tangkapan pun tak tentu, kadang-kadang cukup untuk mereka makan sahaja.

Sebab kawasan mereka memang tidak pernah masuk bantuan kecuali ada orang luar yang bawa NGO masuk ke tempat mereka.

MOHD RAFSANJANI SALLEH

“Kalau ada lebih pun mungkin dalam 1 atau 2kg hasil laut, itu pun tengok keadaan jugalah.

“Saya kenal dia dah 10 tahun, Azwan memang seorang yang baik, ikut arahan, jujur dan rajin. Dia memang tak pernah tunjukkan kesed1hannya, cuma selalu bercakap dengan saya tentang cara untuk mendapatkan bantuan orang luar,” ujarnya.

Menurut anak kelahiran Sabah itu, Azwan seorang sahaja yang bekerja untuk menampung perbelanjaan dalam keluarganya dan peluang pekerjaan di pulau tersebut sangat terhad.

Sebagai seorang kawan, dia telah berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada NGO bagi membantu Azwan dan isterinya, Rizma, 36.

“Dalam keluarganya memang dia seorang sahaja yang berkerja, lagipun kawasan Pulau Sebangkat memang tiada langsung peluang pekerjaan. Isterinya pula seorang suri rumah, menjaga dua orang anak mereka yang berusia sembilan bulan dan dua tahun.

IMG_6891

Rafsanjani (kiri) membantu rakannya mendapatkan bantuan daripada badan NGO.

“Dia ada juga dapat bantuan keperluan asas seperti makanan daripada NGO, itu pun saya dengan bapa yang tolong carikan untuk bantu mereka di sana.

“Sebab kawasan mereka memang tidak pernah masuk bantuan kecuali ada orang luar yang bawa NGO masuk ke tempat mereka. Saya harap dengan memuat naik video ini ada la pihak yang sudi membantu penduduk di kawasan Pulau Sebangkat ini,” katanya.

Rafsanjani turut memberitahu bahawa bukan Azwan sahaja yang kurang bernasib baik, malah ramai lagi penduduk di pulau itu yang mengalami masalah terj3jas pendapatan ak1bat p4ndem1k.

Malah ada yang men1nggal dvnia kerana tidak mampu untuk mendapatkan r4watan yang sepatutnya di h0spital.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Lelaki ini lawat rakan berg3lut s4ra keluarga! Beli rumah harga RM100, cari rezeki guna perahu pinjam – “Telefon dah jual nak beli barang dapur”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*