Remaja Terkejut Tun M ‘Support’ Bisnes Ikan L4ga, Ingat Bergurau Nak Beli

PETALING JAYA – Seorang remaja tidak menyangka bisnes ikan l4ga yang diusahakannya berjaya menarik minat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membeli ikan peliharaan itu.

Kisah itu kemudian tul4r di media sosial selepas Tun Mahathir berkongsi gambar dan nota mengenai ikan l4ga yang dibelinya.

Remaja terbabit, Cheng Jia Yung, 17, berkata, dia pada mulanya menyangka dan menganggap ia sekadar gurauan, sehinggalah diberikan alamat di Langkawi oleh seorang pegawai kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Pada mulanya ingatkan ia bergurau sahaja, pegawai itu kata Tun M nak beli ikan, jadi saya macam tidak percaya.

“Tetapi selepas dia menghantar gambar Tun M sump4h saya dah tak tau nak kata apa dan memang gembira, sangat teruja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Tambah Jia Yung, dia sebenarnya tidak tahu kisahnya tul4r sehingga menerima banyak tempahan daripada orang ramai yang ingin membeli ikan l4ga yang diusahakan bersama abang.

“Sejak dari semalam dan sehingga hari ini, saya banyak menerima tempahan ikan l4ga daripada orang ramai sehingga tidak sempat membalas mesej pelanggan di WhatsApp.

“Harga jualan ikan laga dijual sekitar RM10-15 dan harga itu dianggap sangat murah di dalam pasaran,” katanya.

Sehingga kini, ciapan tersebut meraih lebih daripada 5,410 ulang kicau dan 16 ribu tanda suka di laman sosial Twitter miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "Remaja Terkejut Tun M ‘Support’ Bisnes Ikan L4ga, Ingat Bergurau Nak Beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*