Rumah kampung bertukar wajah, 5 beradik pakat ubah suai nak balas jasa emak… bincang dalam WhatsApp je – “Kami bukan orang senang”

JASA dan peng0rbanan orang tua membesarkan anak-anak sememangnya tiada tara.

Apatah lagi apabila si ibu terp4ksa memb4nting tvlang dan mencari nafkah bersendirian selepas kem4tian suami tersayang.

Demi membalas jasa ibu, lima beradik ini berpakat untuk mengubah suai kediaman lama mereka sehingga bertukar wajah menjadi seperti kediaman mewah, sebagai hadiah buat ‘syurga’ mereka.

Video proses mengubah suai kediaman tersebut yang dikongsikan di aplikasi TikTok sehingga kini meraih hampir 1.1 juta jumlah tontonan.

Deko dan hiasan di bahagian ruang tamu serta ruang makan.

Berkongsi cerita dengan mStar, Dena Elynna Kassim berkata dia dan empat lagi adik beradiknya bersyukur apabila usaha sama mereka mampu menghadiahkan senyuman buat ibu, Sinugijing Misarid.

“Kami lima beradik menjadi saksi betapa ibu berusaha keras dan cek4l mencari rezeki bersendirian untuk membesarkan dan menyediakan pendidikan untuk kami selepas arw4h ayah meninggal dvnia pada 2014.

“Syukur Alhamdulillah, kini ibu mampu tersenyum dan berehat di rumah sahaja selepas sekian lama bekerja. Ibu pun baru pencen daripada jawatan pembantu tadbir tahun lepas, kini banyak masa dia dihabiskan di rumah.

“Kini dia ada hobi baru iaitu deko rumah pula. Sambil-sambil tu dia buka kedai runcit kecil dekat rumah, sekadar jual jajan untuk anak-anak kecil. Ibu ni orang yang dah biasa bekerja, jadi jenis tak duduk diam,” ceritanya yang senang disapa sebagai Dena.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Bercerita secara ringkas mengenai proses ubah suai kediaman pus4ka peninggalan arw4h bapa yang terletak di Kampung Mempakad Laut, Pitas, Sabah, Dena berkata mereka lima beradik berpakat menyumbang dari segi kewangan untuk merealisasikan kediaman idaman ibu.

“Kami semua start plan tahun lepas… semuanya menerusi group WhatsApp sahaja sebab ada dua abang yang berhijrah ke semenanjung. Kami bahagikan peranan masing-masing.

lima beradik

Dena (duduk, kanan) bersama abang-abang dan kakaknya berpakat mengubah suai kediaman lama sebagai mengenang jasa ibu mereka.

“Contohnya seorang sumbang kewangan untuk beli barang, seorang bayar upah tukang rumah, seorang bahagian hiasan dan macam-macam. Jujurnya, kami ini bukan orang senang atau kerja berpangkat.

“Semuanya kerja biasa-biasa. Tapi Alhamdulillah, rezeki tu sentiasa saja ada. Takkan kita nak tunggu kerja bagus-bagus barulah nak balas jasa orang tua. Lagipun ini rumah yang membesarkan kami, tempat berkumpul setiap kali raya atau keraian.

“Ada juga yang tanya pasal ‘loan’. Sebenarnya semua adalah hasil titik pelvh kami sendiri. Semuanya perlu bergantung kepada bajet juga,” ujar Dena yang merupakan tukang jahit sepenuh masa ini.

Semuanya kerja biasa-biasa. Tapi Alhamdulillah, rezeki tu sentiasa saja ada. Takkan kita nak tunggu kerja bagus-bagus barulah nak balas jasa orang tua.

DENA ELYNNA KASSIM

Menurut anak bongsu daripada lima beradik ini, keseluruhan proses mengubah suai kediaman mengambil masa sekitar lapan bulan.

“Ia bermula pada Julai tahun lepas. Kami jangka ambil masa sekitar tiga atau empat bulan sahaja. Namun macam-macam hal4ngan dan uji4n antaranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi tak boleh rentas daerah, barang pun ada yang tak cukup.

jahit langsir

Dena menjahit sendiri langsir untuk kediaman baharu keluarganya.

“Sepanjang proses ubah suai tu, kami menumpang di rumah kakak yang terletak berdekatan. Alhamdulillah, akhirnya pada Februari baru-baru ini dah boleh masuk rumah baharu. Cuma abang sulung saja belum ada rezeki nak balik rumah baru sebab dia di Semenanjung,” ujarnya yang juga pernah menjadi johan pertandingan Sabah Young Designer Challenge pada 2019.

Hanya sekadar memuat naik untuk tujuan kenangan, Dena berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen.

sabah young designer

Dena (tiga, kiri) pernah menjadi johan pertandingan Sabah Young Designer Challenge pada 2019.

“Ada yang komen minta buat house tour pula. Bukan tak mahu, tapi ada bahagian yang masih belum lengkap.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang beri komen-komen positif. Ingat satu perkara saja, kalau kita memuliakan orang tua, InsyaAllah rezeki pasti akan melimpah,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Rumah kampung bertukar wajah, 5 beradik pakat ubah suai nak balas jasa emak… bincang dalam WhatsApp je – “Kami bukan orang senang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*