[Vide0] Rakaman suara arw4h ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel – “Rupa-rupanya terlalu singkat masa kita ada”

Kehil4ngan ibu tercinta, Wan Faaizah Karim pada malam 22 Ogos lalu benar-benar meninggalkan kesan cukup mendalam buat penyanyi Syamel.

Kata Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, arw4h merupakan seorang ibu yang penyayang dan selalu memberikan nasihat dan pesanan tanpa mengira masa.

“Syurga. How i wish you guys jumpa dan kenal umi (panggilan untuk ibu). You will surely love her. Sangat berkarisma dan setiap tutur kata penuh dengan pesanan dan pering4tan.

Syamel akui merindui arw4h ibunya.

“Kadang-kadang telefon tak kira masa kalau teringat sesuatu nak pesan, masa tu kita terfikir kenapa tak tunggu sampai rumah, boleh borak panjang… rupa-rupanya terlalu singkat masa yang kita ada untuk menunggu.

“Saya kongsikan sedikit pesanan umi, masa ni nak keluar rumah nak memandu, umi suruh duduk kejap depan dia ada benda nak beritahu. Ha dengarlah. So cute! Saya rakam depan dia,” kata Syamel.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SYAMEL (@syamel_official)

Penyanyi lagu Good Bye, Hello ini berkongsi salah satu kenangan manisnya bersama arw4h ibu menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik rakaman suara ibunya mengingatkan mengenai bacaan doa sebelum keluar rumah.

Allahy4rham Wan Faaizah, 55, menghembvskan n4fas ter4khir selepas hampir sebulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota ak1bat kekurangan oksigen.

Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin… percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah!

SYAMEL

PENYANYI

Dalam pada itu, Syamel mengingatkan pengikutnya supaya meluangkan masa dengan ibu bapa masing-masing sementara mereka masih hidup.

Selain itu, dia menggalakkan mereka merakam momen-momen indah untuk dijadikan kenangan bagi mengvbat kerinduan.

“Buat yang masih ada ibu dan ayah, curahkanlah kasih sayang, berikan perhatian dan mer4yulah doa daripada mereka. Mungkin doa dari seorang ibu buat saya dah terpvtus di dunia ni, tapi segala pesanan dan ilmu yang diberikan akan diamalkan dan diingati sampai akhir usia.

“Rakamlah detik-detik manis bersama sebanyak mungkin, walaupun tak mungkin dapat lepaskan rindu tapi percayalah, mencukupi untuk menemani kita di saat angin rindu datang singgah,” ujarnya.

Sementara itu, isteri Syamel iaitu Ernie Zakri pula berkata lima bulan perkenalan dengan ibu mentua merupakan kenangan terindah dalam hidupnya.

“Allah SWT pinjamkan umi untuk saya selama lima bulan sahaja. Tiada kekes4lan, hanya kenangan yang manis-manis. Subhanallah rezeki saya dapat ibu mertua yang terlalu baik, kelakar, sporting, penuh dengan pesanan dan nasihat.

Ernie zakri ibu Syamel

Ernie akui banyak kenangan manis sepanjang lima bulan bersama ibu mentua.

“Terlalu banyak yang saya belajar dengan beliau, walaupun di beri masa singkat. Saya tak tahu adakah saya menantu terbaik untuk kamu dan ayah tapi saya tahu saya ada ibu dan ayah mentua terbaik. MasyaAllah.

“Anak-anak akan rindukan umi sangat-sangat especially your keletah. Kami reda dengan pem3rgian umi. Semoga Allah SWT lapangkan kvbur umiku seluas mata memandang. Itu doa yang umi selalu amalkan,” katanya.

Ernie dan Syamel berkahwin pada 26 Mac lalu dalam sebuah majlis tertutup di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "[Vide0] Rakaman suara arw4h ibu pesan baca doa jadi pengubat rindu Syamel – “Rupa-rupanya terlalu singkat masa kita ada”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*