Pernah Bergelar Ratu Cantik, Pelakon Terbaik & Kini Pensyarah Vanidah Imran Menawan Di Usia 47

Vanidah Imran bukan suatu nama yang asing dalam dunia seni. Bakat seni yang ada dalam dirinya tidak bersandarkan rupa paras semata-mata.

Mempertaruhkan filem sulungnya, Putera arahan Zulkifli M. Osman dengan memegang watak sebagai Wan Nuraini nyata Vanidah tidak sia-sia memulakan kerjaya seni seawal usia 21 tahun.

Usai menjayakan filem ini langkah wanita yang berbakat besar sebagai pengacara ini semakin laju merencana perjalanan karier seninya. Lakonan Vanidah Imran diiktiraf sehingga pernah mengg0ndol Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007 menerusi filem The Red Kebaya.

Memulakan kerjaya sebagai anak seni membuatkan Vanidah Imran terpaksa melup4kan bidang pendidikan buat sementara. Bila sudah tiba ‘masanya’, wanita kelahiran Pulau Pinang ini nekad meneruskan cita-cita mengejar impian mengenggam segulung ijazah yang telah ‘ditinggalkan’.

Kagum dengan semangat Vanidah kerana berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk mengejar cita-cita.

Vanidah juga berjaya membuktikan wanita memang hebat dalam multitasking. Sewaktu masih bergelar isteri dan tawaran seni yang tidak pernah pvtus, Vanidah tetap mampu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah.

Empat tahun ‘berjuang’ membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran akhirnya bekas pelajar sekolah Convent Bukit Nanas ini berjaya memperoleh Ijazah Bahasa Inggeris di Universiti Terbuka Malaysia.

Benar kata orang hendak seribu daya tak nak seribu al4san. Kini wanita yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 pada bulan Oktober nanti telah mengapai impiannya bergelar pensyarah.

Khabarnya Vanidah telah bergelar pensyarah separuh masa di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Vanidah juga difahamkan kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Seni Persembahan Drama di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Dikurniakan wajah klasik, Vanidah juga pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 ketika berusia 20 dan berjaya merangkul tempat kedua (First Runner-Up). Dalam pertandingan ratu cantik itu wanita yang berketurunan India-Jawa ini turut memenangi gelaran Miss Photogenic.

Bergelar ibu tunggal, sebelum ini Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rashidi Ishak namun bercer4i pada Ogos 2018 selepas 17 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 20 tahun dan Maryam Rashika, 17 tahun.

Melihat foto yang dikongsikan oleh Vanidah di laman media sosial semasa menyambut Syawal baru-baru ini kelihatan anak-anaknya sudah membesar dan seperti adik-beradik sahaja lagaknya.

Nampak awet muda sungguh Vanidah, mungkin salah satu sebabnya adalah kerana mengamalkan gaya hidup dan kerap berlari.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Nona

Be the first to comment on "Pernah Bergelar Ratu Cantik, Pelakon Terbaik & Kini Pensyarah Vanidah Imran Menawan Di Usia 47"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*