Peniaga nasi lemak cem4s, sangka kereta hilang ketika ke pasar raya, rupanya pergi dengan motosikal

MANUSIA tidak pernah lari dengan sifat lupa.

Itulah yang terjadi kepada seorang pemuda yang terlupa kenderaan apa yang dinaiki semasa ke pasar raya untuk membeli barang.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh pemuda tersebut, ia memaparkan dia telah membeli banyak barang dan terlupa datang ke pasar raya tersebut dengan motorsikal.

Rakaman visual yang lucu itu meraih hampir 130,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mohd Ali Jainneh, 31, berkata, dia sebenarnya tidak teringat datang ke pasar raya tersebut dengan menaiki motorsikal dan bukannya kereta.

Jelasnya lagi, pada waktu itu dia terbvru-bvru mahu mengejar masa sebelum pasar raya yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam itu tutup pada pvkul7.40 malam.

Vide0:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya saya tak teringat pun yang keluar pergi membeli barang dengan motorsikal, sebab itulah saya beli barang banyak ingatkan bawa kereta kesana.

“Biasanya saya akan bawa van atau kereta bila nak membeli barang berniaga, tapi waktu itu nak cepat sebab saya tengah buat sambal di rumah. Lagipun takut pasar raya tutup jam 7.40 malam, jadi saya pun bawalah motorsikal dan tiba disana pada pvkul 7.15 malam.

“Bila dah selesai membeli barang, saya pun tercari-carilah mana kereta tapi tak jumpa. Waktu itulah baru teringat yang saya keluar tadi naik motorsikal, bukan kereta.

IMG_6753

Ali (kiri) mula menguruskan perniagaan Nasi Lemak Jambatan Tamparuli sejak tahun 2018.

Box penuh dan nak sangkut plastik dekat pemegang pun tak boleh, sebab nipis sangat. Jadi saya terp4ksa letak semua barang di bakul pada bahagian pangkuan,” katanya yang telah mengusahakan perniagaan Nasi Lemak Jambatan Tamparuli sejak tahun 2018.

Mesra disapa Ali, dia mengimbau kembali detik lucu itu dan memberitahu bahawa tujuan asalnya kesana hanya kerana membeli timun sahaja untuk perniagaan nasi lemaknya di Seksyen 18, Shah Alam.

Namun tidak sangka pulang ke rumah dengan lapan beg plastik berisi barang-barang berniaga yang lain.

“Tujuan asalnya nak beli timun sahaja tapi biasalah, bila dah sampai tu saya beli sekali barang-barang lain untuk berniaga seperti lampu dan mentol. Dah alang-alang kan? Beli je lah sekali daripada nak kena keluar banyak kali.

“Bila dah selesai bayar tu adalah dalam lapan beg plastik yang saya terp4ksa bawa pulang dengan motorsikal. Nasib baik perjalanan pulang dari pasar raya nak ke rumah tu tak jauh mana, ambil masa dalam enam minit sahaja.

“Waktu tengah bawa motorsikal tu adala seorang lelaki pun sama macam saya, dia pun beli barang banyak juga. Dia pandang dan menegur ‘banyak barang?’, saya hanya tertawa seorang diri sebab m4lu.

Ramai juga yang pernah alami kejadian yang sama seperti saya.

MOHD ALI JAINNEH

“Sampai sahaja di rumah, pekerja saya semua pelik kenapa banyak sangat barang. Memang tak terfikir langsung nak telefon mereka untuk tolong datang ambilkan barang sebab perjalanan tak jauh mana pun,” ujarnya

Rupa-rupanya, anak kelapan daripada sembilan beradik itu tidak keseorangan kerana ramai pengguna di TikTok juga pernah alami kejadian seperti ini.

Isterinya, Nadia Azmi, 32 hanya mampu ketawa sahaja apabila melihat gelagat suaminya yang terlupa.

“Memang kelakarlah bila difirkirkan semula kejadian tu, isteri saya pun ketawa sebab dia tak dapat bayangkan macam mana boleh bawa pulang barang yang begitu banyak dengan motorsikal.

“Bila saya baca komen di TikTok, rupa-rupanya saya tak keseorangan. Ramai juga yang pernah alami kejadian yang sama seperti saya, ye lah bila dah terlalu banyak sangat fikir sampai terlupa.

IMG_6752

Nadia hanya mampu ketawa melihat gelagat suaminya yang terlupa.

“Tapi sebenarnya agak bah4ya kalau kita bawa terlalu banyak sangat barang di atas motorsikal. Ia boleh mengg4nggu konsentrasi seseorang itu untuk mengawal motorsikal tersebut.

“Barang-barang tu pun ada potensi untuk j4tuh di jalan kalau tak di simpan dalam keadaan yang betul. Harap lepas ni lebih beringat bila nak keluar membeli barang berniaga,” katanya yang berasal dari Tamparuli, Sabah.

Ali merupakan seorang bekas imam dan penysyarah sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak sebelum berhijrah ke Shah Alam kerana isterinya merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Seksyen 20, Shah Alam.

Kini, anak kelahiran Sabah itu menguruskan gerainya sepenuh masa yang beroperasi dari Selasa hingga Ahad dengan bantuan beberapa pekerja.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Peniaga nasi lemak cem4s, sangka kereta hilang ketika ke pasar raya, rupanya pergi dengan motosikal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*