“Alhamdulillah, Makin Lama Makin Cantik” – Farah Nabilah Tampil Berhijab Penuh

Aktres jelita Farah Nabilah tampil mengenakan hijab sepenuhnya dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Farah yang mengenakan tudung hitam dan baju dari warna sedondon sedang mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelakinya Andre Omar.

Tinjuan Gempak di Instagram Farah, pelakon drama Titian Cinta itu sebelum ini kerap mengenakan selendang dan berpakaian s0pan.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji penampilan Farah yang sudah berhijab penuh.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial)

Ramai juga yang turut mendoakan agar Farah terus istiqamah dalam mengenakan tudung sepenuhnya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.

Sekadar info, Farah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29 pada 20 Disember 2019 di Hotel Royale Chulan Damansara.

Pasangan itu dikurniakan anak lelaki Andre Omar pada 22 Oktober 2020.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Alhamdulillah, Makin Lama Makin Cantik” – Farah Nabilah Tampil Berhijab Penuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*