‘Saya bertudung bukan sebab Allahy4rham Siti Sarah’ – Siti Elizad

SIAPA sangka selendang pemberian suami menjadi asbab sehingga berjaya menj3ntik hati Siti Elizad untuk mula berhijab sejak 1 Muharam lalu.

Mengejutkan, namun pemilik nama lengkap Siti Elizad Mohd Sharifuddin bersyukur kerana Tuhan telah membeli peluang dan membuka hatinya untuk menikmati sebuah penghijrahan menjadi insan yang lebih baik.

Ikuti perkongsian pelakon berusia 37 tahun itu tentang hijrah dan pandangannya mengenai keberanian netizen pada hari ini.

Menurut Siti Elizad, penghijrahan ini berlaku tanpa dirancang pun. Semuanya bermula apabila suami, Shamsul Baharin Abdul Rahman, 48, membeli beberapa helai tudung secara dalam talian untuk saya.

“Ketika memakai selendang yang dibeli, suami kata cantik sangat tetapi dia tak paksa saya untuk pakai. Kemudian kebetulan saya bekerja masuk konti radio pada 1 Muharam lalu dan bermula detik itulah saya mula memakai tudung.

“Alhamdulillah saya sangat selesa dengan penampilan terbaharu ini. Memandangkan umur pun sudah menginjak ke usia 37 tahun jadi mungkin ini permulaan baharu untuk saya.

Apa yang saya nak tekankan ialah saya bukan manusia yang s3mpurna. Saya masih cuba perlahan-lahan memperbaiki kelem4han dan kekurangan diri. Seperti anda lihat saya masih dengan gaya Siti Elizad seperti memakai tali pinggang dan anting-anting.

Apa pun doa saya kepada Allah SWT supaya dibukakan pintu hati untuk lebih menjadi muslimah yang lebih baik tidak akan pernah berhenti dan harapnya kekal istiqamah. Terima kasih kepada semua yang tidak henti-henti mendoakan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ELIZAD SHARIFUDDIN (@elizadsharifuddin)

Lanjut Siti Elizad, tindakan menutup ruangan komen dalam satu hantaran terbaharu Instagram baru-baru ini ialah bagi mengelakkan netizen berb4lah dan berg4duh di situ. Saya tak mahu ada unsur neg4tif dalam hantaran tersebut.

Sebenarnya walaupun saya tutup ruangan komen, masih ada juga segelintir netizen yang masih melemp4rkan kata-kata neg4tif menerusi mesej peribadi Instagram.

Ada yang persoalkan fesyen tudung saya: “Sudah cukup sempurnakah pakai hijab begitu?” Saya tidak pernah cakap saya manusia yang sempurna. Lebih baik mereka duduk depan cermin dan tanya diri sendiri adakah sudah cukup baik dan sempurna? Hanya Allah sahaja yang tahu siapa yang sempurna pada mata-Nya.

Ramai yang beranggapan anda memakai tudung selepas mendapat hadiah tudung daripada Allahy4rham Siti Sarah. Adakah d4kwaan tersebut benar?

Seboleh-bolehnya saya tak mahu kaitkan hijrah saya dengan arw4h atau kisah-kisah kebaikan arw4h. Saya pakai tudung kerana Allah dan niat sendiri bukan disebabkan orang lain.

Perkara lain yang saya nak cakap tentang arw4h, dia selalu beri hadiah kepada saya dan sangat bangga dengan Shuib yang sangat tenang menghadapi dvgaan ini.

Apa pendapat anda mengenai sikap netizen hari ini yang suka mengec4m dan membuat d4kwaan p4lsu sehingga menc3markan nama orang lain seperti yang berlaku kepada anda baru-baru ini.

Netizen perlu sedar bahawa setiap amalan dan kebvrukan sudah dicatit oleh malaikat. Jaga lidah dan tangan daripada menulis atau berkata-kata bvruk.

Saya juga bukan jenis suka berb4lah dengan netizen tetapi sekiranya sudah mel4mpaui b4tas sehingga menyentuh isu keluarga, siapa yang tidak m4rah.

Namun, setakat ini masih tiada yang betul-betul ber4ni mem4rahi ataupun men3gur saya secara berdepan. Semuanya masih bercakap di belakang.

Bagaimana pula dengan isu yang berlaku baru-baru ini apabila ada pengguna media sosial yang l4ntang menvduh anda sebagai wanita yang tak boleh mel4hirkan zvriat?

Kalau boleh saya tak mahu ulas lagi tetapi sebenarnya perkataan tersebut masih berlegar-legar dalam hati saya dan kesannya dirasai sehingga kini.

Lvluh hati sebagai seorang isteri apabila dilemp4rkan perkataan sebegitu. Sebelum ini saya sangat positif tetapi selepas hal tersebut berlaku, saya jadi sed1h seorang diri.

Namun, alhamdulillah selepas beberapa bulan perkara bvruk tersebut berlaku, rupa-rupanya banyak benda baik yang Allah berikan seperti hijrah ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Kosmo

Be the first to comment on "‘Saya bertudung bukan sebab Allahy4rham Siti Sarah’ – Siti Elizad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*