Rajin Hadir Kelas PdPR Dan Hantar Projek, Pelajar Ini Terima Hadiah ‘Hot Wheels’ Daripada Gurunya

Bukan mudah buat para guru dan pelajar untuk menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran ‘norma baharu’ setelah w4bak C0VlDl9 mel4nda negara sejak awal tahun lalu.

Namun ada seorang guru telah berkongsi ciapan di mana beliau telah menghadiahkan kereta kereta Hot Wheels kepada pelajarnya yang rajin hadir kelas PdPR dan menghantar projek yang ditugaskan kepadanya.

Ciapan tersebut telah menarik perhatian orang ramai yang kagum dengan guru ini yang cukup ‘cool’ meluangkan masa untuk memberikan hadiah kereta Hot Wheels kepada pelajarnya.

Pada masa yang sama, netizen turut memuji pelajar tingkatan 3 itu kerana menghantar mesej WhatsApp kepada gurunya dengan penuh sopan dan beradap, tanpa menggunakan ‘bahasa WeChat‘ seperti kebanyakkan pelajar lain yang seusianya.

Tidak kurang juga ada netizen yang menyukai gaya rambut pelajar itu dan berharap dia akan mengekalkan imej gaya rambut tersebut sehingga dewasa nanti.

Tahniah diucapkan kepada guru ini kerana menghargai segala usaha anak muridnya dan juga pelajar itu yang berjaya menyertai kelas serta menghantar tugasan projek yang diberikan oleh gurunya dengan bersungguh-sungguh.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Vocket

Be the first to comment on "Rajin Hadir Kelas PdPR Dan Hantar Projek, Pelajar Ini Terima Hadiah ‘Hot Wheels’ Daripada Gurunya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*