Jaga Apai, Chiko macam anak sendiri! Ramai kagum lihat jejaka ini bela haiwan, siap kongsi makanan – “Orang tua kata ‘tangan sejuk’…”

SELAIN ahli keluarga dan rakan-rakan, kehadiran haiwan peliharaan juga boleh menjadi pelengkap kepada kehidupan kita.

Begitu juga kisahnya dengan jejaka ini yang sering berkongsi video dia bersama haiwan-haiwan peliharaannya menerusi TikTok.

Paling mencvri tumpuan tentunya seekor tupai yang diberi nama Apai serta seekor lagi musang yang diberi nama Chiko.

Menurut Muhamad Kusyairil, dia juga pernah membela burung kakak tua sebelum ini dan menyifatkan kehadiran haiwan-haiwan itu sebagai satu terapi buat dirinya.

“Bagi saya, bila balik kerja dapat bermain dengan haiwan-haiwan boleh buatkan saya rasa lega. Orang lain balik rumah mungkin ada anak untuk rasa tenang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya pula belum ada rezeki, haiwan-haiwan jadi tempat untuk saya luangkan masa dan leka seketika. Jaga mereka ibaratnya seperti jaga anak sendiri.

“Ada part seronok, ada part stres. Tapi pada saya, bela haiwan pun satu punca rezeki untuk kita,” ujarnya yang baru mendirikan rumah tangga pada Mac lalu.

matyip3

Gelagat Chiko yang mencvri perhatian ramai.

Mesra disapa Mat Yip, dia mended4hkan tupai itu baru sahaja dibela sekitar dua bulan lepas manakala musang pula sudah setahun dipelihara.

Tambahnya, dia juga tidak kek0k untuk menguruskan haiwan itu memandangkan sudah mempunyai pengalaman sejak kecil lagi ketika menetap di kampung halaman di Terengganu.

Chiko aktif waktu malam, Apai pula main waktu siang, malamnya akan tidur.

MUHAMAD KUSYAIRIL

“Saya dari kecil memang suka bela tupai. Bila dah dewasa dan berhijrah, rezeki saya jumpa Apai ketika sedang bekerja sekitar dua bulan lepas.

“Tupai ni sus4h nak jaga waktu kecil, penjagaannya rum1t. Tapi saya dah terbiasa, jadi tiada mas4lah. Sepanjang saya bela haiwan, sus4h nak jumpa yang m4ti. Orang tua panggil ‘tangan sejuk’, serasi dengan haiwan.

“Chiko pula saya bela sejak ia kecil, masa tak sihat. Saya rawat sehinggalah dah OK. Saya juga pernah bela burung kakak tua.

“Dalam setahun setengah saya bela burung tu, kemudian terp4ksa jual sebab ada kekangan masa ketika bekerja. Memang sed1h sebab dah bela dari kecil, makan pun bersuap,” ujarnya yang kini menetap di Klang, Selangor.

Dalam pada itu, Mat Yip mengakui terh4ru apabila perkongsian video dia dengan haiwannya meraih perhatian ramai di TikTok.

matyp4

Aksi comel Apai yang dikongsi menerusi TikTok.

Malah, ada individu turut menghantar mesej kepadanya untuk bertanya mengenai penjagaan haiwan, permohonan permit dan pelbagai soalan lain.

“Saya baru sebulan setengah buat TikTok. Sebelum ni saya fikir orang berjoget saja dalam TikTok. Saya tanya isteri, nak buat TikTok dan berkongsi mengenai Chiko dan Apai.

“Saya tak mengejar populariti. Saya nak tunjuk untuk mereka minat saja. Saya akan teruskan kerana nak berkongsi hobi.

“Ramai juga yang tanya tip menjaga haiwan. Saya juga ada kongsi video untuk apply lesen dan sebagainya,” ujarnya lagi.

Menurut Mat Yip lagi, soal makan tidak begitu sukar memandangkan Chiko dan Apai suka makan buah.

matyip5

Chiko aktif pada waktu malam.

“Chiko biasanya suka makan buah yang tak masam. Antaranya betik, pisang, buah naga dan nangka.

“Apai juga tiada masalah, Apai makan apa saja yang Chiko makan. Saya pun suka makan buah, jadi boleh kongsi sekali,” ujarnya.

Tambahnya lagi, dua haiwan itu juga sedikit berbeza, malah katanya Chiko sangat mesra dan mudah didekati sesiapa sahaja.

“Chiko jenis aktif waktu malam, Apai pula main waktu siang, malamnya akan tidur. Chiko juga mesra dengan sesiapa sahaja yang nak pegang, dia pasrah.

“Tapi saya tak boleh satukan mereka berdua, tak ngam,” ujarnya berseloroh.

Sehingga kini, Mat Yip memiliki lebih 23,000 pengikut di TikTok.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Jaga Apai, Chiko macam anak sendiri! Ramai kagum lihat jejaka ini bela haiwan, siap kongsi makanan – “Orang tua kata ‘tangan sejuk’…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*