Wanita Cari Mask Tak Jumpa, Rupanya Ada Tersangkut Dekat Leher

Biasanya kaum perempuan berhijab mesti pernah mengalami situasi di mana ada yang tidak jumpa mask  dipakai gara-gara menyangkutnya pada leher. Macam situasi yang dialami oleh seorang ibu ini apabila dia g1gih mencari topeng muka yang hilang itu namun sebenarnya ia bukanlah hilang seperti yang dijangka.

Bagi mereka yang memakai topeng muka bersama extender, ada kalanya anda akan menurunkan topeng muka di leher dan kadang kala terlup4 mengenainya. Situasi ini juga antara yang selalu dialami oleh kaum wanita yang turut sama memahami situasi yang dikongsikan ini.

Di dalam video yang dimuat naik tersebut, gadis ini berkongsikan gelagat ibunya yang sibuk mencari topeng muka dipakainya sebelum ini. Tetapi sebenarnya dia telah menyangkut topeng muka itu di leher dan terlupa tentangnya.

Gadis itu kemudian merakamkan gelagat ibunya yang mencari di sekitar ruang tamu sambil diperhatikan oleh ahli keluarganya ini. Lebih melucukan, mereka sengaja tidak memberitahu ibu mereka di mana sebenarnya topeng muka itu berada.

Video:

@jazleenaa001

Helping my mum find her hot mask 🥵🔥 #tiktoksg #momsoftiktok #covid2021 #covidstruggles

♬ original sound – jazleenaa – jazleenaa

Selepas beberapa minit puas mencari, wanita itu akhirnya mula sedar bahawa topeng muka itu ada tersangkut di lehernya. Malah dia juga turut kelihatan gembira dan lega sebaik sahaja sedar topeng muka dipakainya itu tidak hilang seperti yang disangka.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama dapat relate dengan situasi yang dikongsikan ini. Ada juga yang berseloroh pernah memakai dua topeng muka sekaligus gara-gara kecu4ian mereka ini.

“Aku dah banyak kali pakai 2 mask, bukan double mask ye. Satu kat leher satu kat mulut…”

“Comelnya mak dia.”

“Alahai anak-anak bertuah ni.”

“Ada je dekat leher tapi dia lupa.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Wanita Cari Mask Tak Jumpa, Rupanya Ada Tersangkut Dekat Leher"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*