[Vide0] Anjing Tak Pandai Meny4lak Undang Ketawa, “Bukan Anjing Ni…”

Setiap haiwan mempunyai bunyi mereka yang tersendiri terutamanya ketika cuba berkomunikasi dengan yang lain. Namun baru-baru ini, gelagat seekor anjing yang tidak pandai menyalak menarik perhatian ramai sehinggakan video itu tular di media sosial.

Video tersebut kini meraih hampir empat juta tontonan setakat ini di mana anjing itu dilihat tidak tahu untuk meny4lak seperti anjing lain. Malah lebih menarik lagi, anjing itu hanya mampu mengeluarkan bunyi seakan-akan dolphin sahaja.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemiliknya berkongsikan gelagat anjing itu yang tidak tahu meny4lak seperti biasa. Dia kemudiannya meminta anjing itu meny4lak di hadapannya namun anjing tersebut mengeluarkan bunyi lain pula.

Lelaki itu kemudian berulang kali meminta anjing itu untuk meny4lak tetapi anjing itu tidak berjaya melakukannya. Lebih melucukan, anjing itu hanya akan mengeluarkan bunyi seperti dolphin setiap kali lelaki itu memintanya meny4lak.

VIDEO:

@yeedasu

Kylo is transpecies

♬ original sound – yee

Walaupun ianya kedengaran lucu dan comel, lelaki itu kemudian berseloroh mengingatkan anjingnya itu tentang identitinya sebagai anjing. Dalam masa yang sama, pemiliknya turut sama ‘ger4m’ melihat kecomelan anjing itu yang sangat baik mendengar kata.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi anjing ini setiap kali diminta untuk meny4lak. Ada juga yang berseloroh mungkin juga haiwan itu bukanlah anjing sebaliknya adalah jelmaan dolphin yang menyerupai anjing.

“Ada musang yang terperangkap dalam badan anjing tu.”

“Dah cuba restart balik ke?”

“Bukan anjing ni…”

“Rasanya anjing ni ros4k.”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "[Vide0] Anjing Tak Pandai Meny4lak Undang Ketawa, “Bukan Anjing Ni…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*