Siti Nurhaliza Akhirnya Buat Pengakuan Ini Selepas Ditanya Adakah Dia Sedang Hamil Anak Kedua

Siapa tidak kenal dengan figura hebat ini yang sememangnya cukup sederhana orangnya.

Tidak pernah sekali dirinya melatah apatah lagi memberi jawapan sinis tatkala ditanya soalan panas. Dia seolah kebal namun tidak lokek manis senyuman.

Pastinya di tangga usia lebih dua dekad bergelar nakhoda bahtera seninya, bergentayangan pengalaman menjadi peta panduan.

Pelbagai kontroversi, pahit difitn4h dan bermacam lagi ujian sudah ditempuh mematangkannya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali – Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485) Kelebihan Berselawat Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Terdapat beberapa kelebihan selawat, antaranya: 1)Selawat merupakan salah satu amalan paling utama. 2)Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa. 3)Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan Akhirat serta syafaat Nabi SAW. 4)Menjadi benteng sifat munafik dan kafir. 5)Selamat daripada huru-hara hari Kiamat. 6)Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah. 7)Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit. 8)Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah. 9)Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak. 10)Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Diaju soal rezeki anak, mungkin bagi figura seni lain, itu cukup pahit untuk ditelan hidup. Namun, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap membalas dengan lirik mata mengukir senyumannya.

Sementelah, ramai yang mula berspekulasi tentang kehami1lannya. Ada yang sudah seperti duduk serumah mengiyakan desas desus itu.

Siti Aafiyah ci1um perut jer, kecoh satu Malaysia dikatakan ham1iI

Ada juga mula menjadi Detektif Conan, merungkai satu persatu bayangan yang ada.

Mana tidaknya, hanya kerana puteri sulungnya, Siti Aafiyah mencium perutnya berulang kali tatakala bersama dalam sesi live penyanyi bersuara emas ini, kecoh terus media sosial.

Rata-rata seperti meraikan berita kemenangan yang ditunggu lama.

Namun suri hati Malaysia ini mahu peminat terus mendoakan usahanya untuk mendapatkan cahaya mata keduanya.

Malah dia sendiri tidak pernah berselindung berhubung soal rezeki anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❤️❤️❤️ Tanya sama hati, apalah yang dicari, Nanti jawab hati, hanya cinta abadi. Bulat air kerana pembetung, Bulat sayang kerana disanjung, Baik acuan, cantik kuihnya, Baik budi begitulah kasihnya. #Siapa Tak Mahu #ManifestaSITI2020. Foto:@zeelproduction Stylist: @abushaefhamza Designer: @officialyuleza Headpiece: @gethanna_b Make Up: @nurulshukor_official

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

” Mengenai prosedur IVF juga saya kongsikan sebelum berehat dahulu.

” Sesiapa yang mengetahui bagaimana proses dan perjalanannya, mereka akan memahami kenapa saya pinta untuk berehat.

” Semuanya ada prosedur dan saya menjalaninya dan berusaha apa yang terbaik. Saya kira diri perlu diberikan masa.

” Saya sendiri sudah memberitahu media dan peminat bahawa perlu berehat sebelum ini,” kata penyanyi yang sudah memiliki 19 album ini.

Tidak tersinggung apatah lagi berkecil hati tatkala soalan tentang keham1ilan diulang tanya, jelas penyanyi lagu berhantu Cindai ini, apa yang dia dambakan kini adalah doa ikhlas daripada peminat tersayang.

” Saya tidak pernah berselindung tentang saya mahu berehat dan berusaha untuk mendapatkan zuriat.

” Tentunya saya meminta masa untuk semua ini. Justeru, saya hanya mohon para peminat mendoakan apa yang terbaik,” kata isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini.

Bukan mudah bergelar seorang Siti Nurhaliza. Setiap gerak geri, tindak tanduk diperhatikan segenap manusia. Buruk baik sentiasa diperkatakan. Itu bayaran setimpal seorang anak seni.

Populariti itu bukan hadir bersama suka. Disulami duka, itu pastinya ada dalam setiap diari hidup anak seni berjaya. Begitu juga Siti Nurhaliza. Ada sahaja yang tidak suka, tidak berpuas hati.

Sering kali dikritik soal penampilannya, menerusi muzik video lagu baharu, Siapa Tak Mahu, Siti Nurhaliza seperti ‘membalas dendam’.

Menutup mulut-mulut nakal yang sering kali melabelnya sebagai m4ngsa fesyen.

Mana tidaknya, gaya penampilannya dipuji ramai. Malah, peminat sangat suka dengan kesegaran dan fesyen yang ditampilkan dalam muzik video tersebut.

Tidak hairan, hanya dalam seminggu, video itu sudah mendapat lebih 2.1 juta tontonan!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber:utusan

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Akhirnya Buat Pengakuan Ini Selepas Ditanya Adakah Dia Sedang Hamil Anak Kedua"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*