Buat Live Bersama PU Riz, Akhirnya Terb0ngkar Punca Sebenar Neelofa Berniqab

Pengacara dan pelakon popular Neelofa akhirnya mended@hkan sebab dia mengenakan niqab menerusi sesi live di Instagram Kasih Neelofa sempena sambutan Maulidur Rasul, pada Khamis.

Neelofa berkata, keputusan untuk memakai niqab bukan perkara mudah malah tidak pernah terfikir untuk tentang perkara tersebut selama ini.

Namun selepas memahami dan mengetahui tentang ganjaran yang akan diperoleh, Neelofa mengorb4nkan perkara paling disukainya iaitu tentang kecantikan.

“Wanita memang sukakan kecantikan. It’s all about beauty, semua nak cantik…Pantang ada produk cantik semua nak beli, sebab itulah lumrah wanita

“Saya sendiri nak tutup wajah saya dengan niqab ni pun bukan satu perkara yang mudah. Saya tak pernah terfikir akan mengenakan niqab

“Tetapi selepas saya faham dan saya tahu tentang ganjaran dan juga apa yang akan diperoleh, maka saya korb4nkan apa yang saya paling suka iaitu tentang kecantikan,” katanya.

Selain itu Neelofa turut berkongsikan mengenai pesanan Rasulullah SAW buat wanita dan tafsir mengenai ‘Hur Al-Ayn’ (Bidadari Syurga) daripada Al-Quran mengenai kecantikan sebenar seorang wanita.

Selain Neelofa dan PU Haris (PU Riz) yang merupakan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa, perkongsian ilmu tersebut turut menampilkan Khairul Hakimin Muhammad sebagai moderator.

Dalam pada itu di ruangan komen warganet mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Kasih Neelofa kerana perkongsian bermanfaat kepada semua.

Mereka juga berharap agar Pertubuhan Kasih Neelofa terus menyebarkan ilmu dan d@kwah pada masa akan datang.

Video yang dimuatnaik di laman sosial Istagram Kasih Neelofa pada jam 12 tengahari itu telah mencapai lebih 600,000 tontontan ketika artikel ini ditulis.

Laman sosial tersebut juga baru dibuka pada 22 Jun lalu dan telah memiliki 102,000 pengikut setakat ini.

Antara yang dikongsi pada laman sosial Kasih Neelofa ialah mengenai program-program dijalankan seperti Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, yang dilancarkan Julai lalu.

KOMEN NETIZEN :

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Buat Live Bersama PU Riz, Akhirnya Terb0ngkar Punca Sebenar Neelofa Berniqab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*