“Penyingkiran Tak Patut Ada” Ini Reaksi Padu ‘Live’ Tok Ram

Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) minggu ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad menyaksikan salah seorang pesertanya, Yantzen tidak membuat persembahan apabila dilaporkan mengalami masalah kesihatan.

Perkara itu diumumkan hos program berkenaan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang menyifatkan apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

Sementara itu, Datuk Ramli MS sekali ketua juri berpendapat, situasi yang berlaku terhadap bintang senior itu tidak dapat dielakkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@syafieq_ayman @bangsawanpictures Tekun betul budak2 muda ni meniaga .bagus2..contoh yg elok..ganaazz lagi ala membuncing..broommm broomm brooommm…

A post shared by ramli mohamed salleh (@tokram_ramlims) on

Jadi, tidak patut andai dilakukan penyingkiran.

“Dia s@kit jadi benda tu tak boleh nak elakkan tetapi dia dalam pertandingan jadi penyingkiran tak patut ada pada harini, kena bawa minggu hadapan,” katanya.

Sementara itu, menerusi tema ‘Cuba Try Test’, Ayu Damit meraih markah tertinggi sebanyak 80.6 peratus diikuti Noraniza Idris (73.4) dan Linda Nanuwil (70.8).

Manakala kumpulan Indigo mendapat markah paling rendah iaitu 50.6 peratus, namun terselamat daripada penyingkiran.

Sementara itu, kesemua peserta diadili dua juri tetapnya, iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta Datuk Syafinaz selaku juri jemputan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum kepada peminat2 ku… Jangan lupa esok Ahad 11/10/2020 jam 9mlm di Astro Ria HD… saya di Gegar vaganza7 @gegarvaganzaofficial #gegarvaganza7 #yantzen

A post shared by Yantzen Bin Juniwan (@yantzen_is_back_) on

GV7 bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

Foto: Instagram Yantzen

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Penyingkiran Tak Patut Ada” Ini Reaksi Padu ‘Live’ Tok Ram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*