Masa Hampir Tiba, Sekali Nonny Nadirah Batalkan Perkahwinan Dgn Niezam Zaidi

Pelakon Nonny Nadirah, 31, mengesahkan hubungan percintaan dengan aktor Niezam Zaidi sudah terlerai.

Menurut Nonny, dia dan Niezam sepakat untuk membatalkan majlis perkahwinan yang sepatutnya diadakan dalam masa terdekat.

“Sekadar makluman, setelah mengambil kata sepakat, perkahwinan antara kami telah pun dibatalkan.

“Korang, satu je kitorang minta. Tolong doakan kebahagiaan buat kami dan bertemu jodoh yang baik buat masing-masing ya.

“Sesungguhnya kami hanya mampu merancang tapi Allah itu sebaik-baik perancang,” tulisnya.

Pended@han itu dibuat menerusi Instagram Stories miliknya pada awal pagi tadi.

Tambah pemilik nama Nonny Nadirah Zainuddin, buat masa sekarang dia memilih untuk tidak mengulas lanjut.

“Kepada rakan media maaf saya tak dapat nak get back balik dengan anda semua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam maghrib di hari jumaat penghulu segala hari 🌹 . Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda: “Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutuskan 4 malaikat untuk datang padanya.” Allah memerintahkan: °Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah. °Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya. °Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat pasi. °Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya, maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa. Tatkala Allah akan menyembuhkan hamba yang beriman itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba. Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa2nya kepada hamba yang beriman. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah seraya berkata: “Ya Allah mengapa dosa2 ini tidak Engkau kembalikan?” Allah menjawab: “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa2nya setelah aku menyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa2 tersebut ke dalam laut. ” Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sakit panas dalam sehari semalam, boleh menghilangkan dosa selama setahun.” 🦋 #loveyourself #fight #trustAllahplans

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

“Untuk dalam masa ni, I reserve my comment. Harap korang faham,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Melankolia ini menitipkan ucapan dan doa bersempena dengan ulang tahun kelahiran Niezam yang ke-28 hari ini.

“Selamat hari lahir sahabat. semoga Allah memberkati dan merahm@ti seluruh usiamu, dikurniakan kesihatan yang baik, dikayakan dengan iman, taqwa dan harta.

“Semoga menjadi anak yang baik dan bertemu jodoh dengan orang yang baik-baik. Dikurniakan segala kebaikan, hajat dunia dan akhirat! Amin,” tulis Nonny. 

Terdahulu, Nonny mengakui tidak menolak jika Niezam jodohnya dan mereka dilihat sudah selesai menjalani kursus kahwin bersama-sama.

Nonny pernah berkahwin namun rumah tangga yang dibina bersama Mustain Adnan hanya bertahan setahun dan bercer4i pada tahun lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My mission : Be true to myself, Help other people, Become a better me.🦋 . Makeup by @iansham

A post shared by 🦋 Nonny Nadirah 🦋 (@nonnynadirah) on

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Masa Hampir Tiba, Sekali Nonny Nadirah Batalkan Perkahwinan Dgn Niezam Zaidi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*