Baru nak rakam video TikTok dengan isteri, sekali K4ntoi wanita hantar mesej rindu

“SIAPA Sharina?”

Itulah soalan yang terpacul daripada mulut seorang isteri tatkala melihat nama wanita tidak dikenali muncul pada skrin telefon suaminya dengan mesej “I miss you sayang.”

Menerusi satu video tular di Twitter, kelihatan wanita itu seolah-olah cuba merebut telefon suaminya sejurus dia melihat mesej berkenaan.

Tampil bercerita kepada mStar, Akmal Hizzat, 29, mengakui mesej yang muncul itu merupakan satu prank yang dibuat menggunakan filter terbaharu di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Akmal, dia mended@hkan isterinya, Fatin Noraishah Shafika, 27, agak marah dan terkejut sebelum dia membuat penjelasan sebenar.

Paparan skrin video tular itu di Twitter.

“Masa tu kami dalam kereta nak pergi hantar barang ke rumah saudara. Masa dia tengah mekap, saya cubalah rakam video TikTok dengan filter terbaharu tu.

“Mula-mula nampak mesej Sharina tu, memang dia percaya. Reaksi dia agak marah, dia genggam tangan dan baju saya.

“Saya minta dia sabar, saya jelaskan bahawa ia filter TikTok. Lepas tu pun dia masih tanya siapa Sharina. Sebenarnya saya reka je nama tu,” ujarnya.

 

Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat.

AKMAL HIZZAT

Menurut Akmal yang juga jurutera projek di ibu negara, dia sama sekali tidak menyangka video TikTok yang dikongsi di Twitter itu menerima lebih 120,000 tontonan.

Malah katanya, ramai netizen yang terhibur, tak kurang juga yang bertanyakan nasibnya selepas ‘k4ntoi’ dengan isteri sendiri.

“Filter tu sekadar nak kenakan isteri, tak sangka sekali buat terus menjadi. Saya pun tak jangka akan viral, sebab saya kongsi je di media sosial macam biasa.

Pasangan ini baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama pada September lalu.

“Ada yang kata saya kena tidur luarlah selepas k4ntoi. Alhamdulillah tiada yang kecam, orang ramai pun faham ia sekadar jenaka,” katanya.

Menurut Akmal yang menetap di Ampang, Selangor, dia juga mengakui seronok menggunakan aplikasi TikTok.

Malah katanya, ia berbeza dengan pandangan segelintir pihak suatu masa lalu yang menganggap aplikasi itu hanya sesuai untuk remaja.

Akmal tak sangka video prank isterinya akan meraih perhatian ramai.

“Mula-mula dulu memang tak dinafikan persepsi mengenai TikTok. Buka je ada budak menari dan sebagainya.

“Bila dah main TikTok, banyak je ilmu yang saya dapat. Ada yang kongsi video masakan, kereta, perub4tan dan sebagainya,” ujarnya.

Bercerita mengenai dia dan isteri, Akmal mended@hkan mereka baharu sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan yang pertama pada 29 September lalu.

Sehingga kini, video prank itu turut menerima hampir 4,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alamak siapa Sharina? 😝 #mstar #mstar15tahun #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Baru nak rakam video TikTok dengan isteri, sekali K4ntoi wanita hantar mesej rindu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*