Sedang Menerima Mengadap PM, Sekali Orang Ramai Perasan Ada Buku Ini Atas Meja YDP Agong

” Sahabat saya bertanya, nampak tak buku apa yang berada di hadapan Yang Dipertuan Agong sewaktu baginda menerima mengadap Perdana Menteri di istana baru-baru ini.”

Itu perkongsian Syahril A. Kadir yang juga bekas penulis dan penerbit TV Alhijrah di FB beliau yang menarik perhatian ramai.

Memiliki ‘followers’ lebih 100 ribu, Syahril berkongsi gambar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah sewaktu menerima mengadap Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini meminta perkenan YDP Agong bagi memohon pelaksanaan darurat yang turut dipersetujui kabinet.

Apa yang mencvri tumpuan, Syahril menjelaskan tentang ‘sesuatu’ dalam gambar tersebut yang mungkin orang ramai tidak perasan.

Rupanya buku ‘Perlembagaan Persekutuan’ di depan Tuanku

Di atas meja Tuanku Al-Sultan Abdullah, kelihatan sebuah buku berwarna merah yang tertera ‘Perlembagaan Persekutuan’.

” Yup, itu adalah buku Perlembagaan Persekutuan, siap dengan kertas catatan di antara helaian muka surat buku berkenaan.

” Nampak jelas, walaupun kita yang marhaen ini menganggap Tuanku mempunyai kuasa ‘veto’ dan boleh membuat apa sahaja keputusan berdasarkan kedudukannya.

” Bagaimanapun baginda sendiri sebagai seorang yang adil, arif lagi bijaksana, tetap merujuk kepada undang-undang/ Perlembagaan Persekutuan dan tidak ‘hent4m keromo’ dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita semua rakyatnya.

” Justeru kalau ada yang masih menganggap kedudukan seseorang Yang Dipertuan Agong hanya sekadar ‘hiasan’ atau formaliti sahaja, anda silap besar.

” Di bahu Tuanku ada satu beban dan tanggungjawab yang cukup berat di sebalik gahnya sebuah istana dan segala jenis penghormatan yang baginda miliki.

” Letaklah kepercayaan dan kesetiaan kita kepada Tuanku, Insha Allah baginda akan membuat keputusan terbaik bersandarkan perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara.

” Pada Allah, kita berserah.” akhiri Syahril.

Tiada keperluan darurat

Sementara itu, Al-Sultan Abdullah telah bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata baginda berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung COV1D-19.

Menurutnya, Agong bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia buat masa ini.

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah berpendapat kerajaan sekarang boleh dipercayai untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung COV1D-19.

Katanya setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu serta melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah berasakan kerajaan sekarang berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

” Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan kerajaan di bawah pimpinan perdana menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wab4k COV1D-19 ini daripada terus mereb4k.

” Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Seri Paduka Baginda mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia,” katanya.

Sumber:FB Syahril A. Kadir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Sedang Menerima Mengadap PM, Sekali Orang Ramai Perasan Ada Buku Ini Atas Meja YDP Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*