“Phone Selalu Hilang Kat Rumah, Lepas Beberapa Jam Jumpa Balik…” – Amyra Rosli Buka Rahsia

Sudah menjadi perkara biasa bila ada anak yang sedang membesar, apatah lagi dengan sifat mereka yang serba ingin tahu dan mahu mencuba sesuatu.

Ada masanya melihat gelagat mereka yang dewasa juga membuatkan mereka terikut-ikut gaya dan cara. Mungkin itulah yang terjadi kepada pelakon Amyra Rosli yang sering sahaja kehilangan telefon di rumahnya.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Amyra berkongsi apa sebenarnya yang berlaku kepada telefonnya yang selalu hilang.

“Phone mommy selalu hilang kat rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik n tengok penuh gallery.

“Pastu mommy gelak-gelak pastu lupa nak replyyyyyyyy msg korang. So kalau ada anything urgent call je terus ok,” tulis Amyra yang berkongsi sebab telefonnya sering hilang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Phone mommy selalu hilang kt rumah pastu dah beberapa jam jumpa phone balik n tgk penuh gallery pastu mommy gelak2 pastu lupa nak replyyyyyyyy msg korg 😝 So kalau ada anything urgent call je terus ok 😂

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on

Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Amyra merupakan gambar anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang mengambil gambarnya sendiri menggunakan telefon Amyra.

Pasangan Amyra dan Amar Baharin dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Phone Selalu Hilang Kat Rumah, Lepas Beberapa Jam Jumpa Balik…” – Amyra Rosli Buka Rahsia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*