Video Sedih Ayah Menangis Di Majlis Tunang, Gadis Tak Sangka Akhirnya Ditinggalkan

Tempoh pertunangan merupakan fasa yang paling kuat dugaannya sekali gus menguji kesetiaan partner masing-masing.

Oleh itu, mereka perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dan saling mempercayai antara satu sama lain.

Walau bagaimanapun, siapalah kita untuk melawan takdir sekiranya jodoh tidak panjang seperti yang dilalui seorang gadis cantik ini.

Tangisan ayah yang tiada ganti, maaf sebab tak mampu pulangkan kebahagiaan..

Menerusi rakaman video tular di aplikasi TikTok, gadis bernama Erni berkongsi pengalaman perit apabila tunang sendiri memilih untuk ‘angkat kaki’.

Dalam pada itu, dia turut mengambil kesempatan membuat ‘throwback‘ sekitar majlis pertunangannya dahulu.

Dapat dilihat reaksi sebak si ayah sambil ditenangkan oleh seorang pemuda di sebelahnya ketika majlis perbincangan tersebut.

Majlis pertunangan tu berjalan lancar, cuma jodoh saja tak panjang..

Gara-gara video tular ayahnya menangis itu menimbulkan kekeliruan ramai, Erni tampil mended@hkan hal sebenar.

Menurutnya, majlis pertunangan tersebut berlangsung dengan lancar namun jodohnya bersama lelaki berkenaan tidak panjang.

Meskipun agak perit untuk menelan hakikat tersebut, dia kini tenang dan menerima takdir itu selain berusaha untuk ‘move on‘ daripada kisah cinta lama.

Jangan terburu-buru buat keputusan tanpa kenal dengan lebih dalam..

Dalam pada itu, gadis manis ini menitipkan pesan agar orang di luar sana tidak terburu-buru membuat keputusan.

Sebaliknya, ambillah sedikit masa untuk mengenali si dia daripada segala sudut sebelum meneruskan hubungan yang lebih serius.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: https://www.rimbabara.my/

Be the first to comment on "Video Sedih Ayah Menangis Di Majlis Tunang, Gadis Tak Sangka Akhirnya Ditinggalkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*