Dah La Scha Al-Yahya Sedang Hamiil, Sekali Ini Yang Terjadi Buat Netizen Terkedu

Misteri kehilangan laman sosial Instagram (IG) pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya secara tiba-tiba hari ini, mencetus tanda tanya warganet.

Rata-rata warganet mula meluahkan rasa risau terhadap Scha dan mula bertanya tentang perkara tersebut di ruangan komen media sosial Awal Ashaari.

Tambahan lagi, hantaran terakhir Scha pada petang tadi dengan tulisan ‘I’ve had enough’ mencetus tanda tanya pengikut di laman sosial IG.

Rata-rata warganet yang meninggalkan komen di IG Awal membuat spekulasi Scha memadam akaun media sosial tersebut kerana sedang marah, merujuk kepada hantaran terakhirnya itu.

“Kenap kak Scha dah taka da IG? Siapa buat diaaa? Ni haa aku sumpah tujoh keturunan!”

“Eh ye keee…Tadi siang nampak dia post macam tengah marah.”

“Awal, kenapa Scha Alyahya ni hilang dr IG? Hope she’s doing okay…”

“We always support and always respect her decisions. Hope scha are doing well…Hugssss.”

“Nak kak Ayayaaa balik…Take care kak Ayayaa.”

Antara komen warganet yang ditinggalkan di ruangan komen IG Awal.

Selain itu ada juga yang berpendapat laman sosial milik Scha mungkin digod4m pihak tidak bertanggungjawab.

Rata-rata mereka mendoakan kesihatan dan keselamatan Scha, tambahan lagi dia kini sedang berbadan dua.

Setakat ini hanya IG Scha yang memiliki seramai 5.4 juta pengikut sahaja yang ‘hilang’, sementara akaun media sosial Awal dan Lara Alana masih aktif.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Dah La Scha Al-Yahya Sedang Hamiil, Sekali Ini Yang Terjadi Buat Netizen Terkedu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*