Siapa yang tak kenal dengan anak kepada usahawan wanita terkenal Dato Seri Vida, iaitu Cik B?
Untuk yang mengikuti perkembangan Cik B pasti tahu sekarang ini Cik B sudah mula berjinak di dalam dunia lakonan.
Terbaharu, Cik B digandingkan bersama Naim Daniel dan Ismail Izzani di dalam sebuah drama bersiri, Lelaki Lingkungan Cinta hasil adaptasi dari sebuah novel.
Wahhh bukan beshe-beshe lah Cik B sekarang!
Melihat kepada ciapan-ciapan Cik B yang dimuat naik di Twitter, Cik B mengaku malu melihat dirinya di kaca televisyen.
“Malu ahhh, sorry cikb tak reti berlakon korang jgn marah cikb” – tulis Cik B
Teruja melihat drama lakonan pertamanya, Cik B juga berkongsi video reaksi dirinya melompat gembira di laman sosial Twitter miliknya.
Ini lah dia geng reaction diri sendiri dkt tv #lelakilingkungancinta https://t.co/qxA4XwK7NO pic.twitter.com/jYBANET8fc
— cikb havoc (@HavocCikb) October 21, 2020
Apa yang menarik perhatian adalah apabila Ben Amir pun turut join komen sekali!
“Hopefully lepas ni dapat berlakon dengan cikb” – tulis Ben
OMG! Siapa je yang tak teruja bila pelakon kacak macam Ben ajak berlakon sekali kan? Cik B nampaknya terharu dan membalas komen itu dengan emoji terkejut berserta mini love.
Bukan itu sahaja, Mira Filzah pun turut join membalas komen Ben mengatakan dia juga mahu berlakon bersama Cik B juga!
“Eh sama!! Nak jugak!” – tulis Mira
Mira juga dilihat turut memberi kata-kata semangat kepada Cik B untuk teruskan berlakon.
Alahai untung Cik B! Kami di Hot FM doakan semoga Cik B diberi lebih banyak peluang di dalam dunia seni, boleh lah Cik B teruskan bakat yang terpendam tu!
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini
Sumber: Hot Fm
Be the first to comment on "Cik B Teruja Lihat Diri Sendiri Di TV, Sekali Ben Amir & Mira Filzah Masuk Komen Buat Ramai Terkejut"