Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi RM89,000, puncanya memang mengeejutkan

Kuala Lumpur: Artis Nelydia Senrose hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM89,144.03 kepada Chriszen Malaysia Sdn Bhd selepas syarikat kosmetik berkenaan memenangi kes sam4n terhadap her00in filem ‘Jebat’ itu, yang did@kwa melanggar perjanjian sebagai duta jenama produk kecantikan Chriszen, tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Shamsudin Abdullah memerintahkan Nelydia atau nama sebenarnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 26, membayar ganti rugi itu selepas membenarkan tuntutan sam4n difailkan Chriszen Malaysia selaku plaintif.

Hakim itu memerintahkan Nelydia selaku defendan kedua, membayar ganti rugi khas bagi penyediaan acara berjumlah RM16,869.03, ganti rugi am sebanyak RM10,000 dan pelakon itu juga diminta mengembalikan kos perkhidmatan sebanyak RM62,275 kepada Chriszen Malaysia serta membayar kos sebanyak RM10,000.

Mengenai kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang sepatutnya dikembalikan semula kepada plaintif, mahkamah berpendapat defendan kedua hanya perlu membayar RM62,275 selepas mengambil kira pelakon itu sudah membelanjakan RM40,000 bagi sesi fotografi.

Shamsudin, dalam penghakimannya berkata Nelydia tidak ikhlas dalam melaksanakan tugasnya sebagai duta jenama produk kecantikan itu.

“Mahkamah mendapati defendan lebih mengutamakan bulan madu perkahwinannya daripada mematuhi perjanjian duta jenama berkenaan. Oleh itu, mahkamah mendapati alasan sebenar mengapa beliau tidak menghadiri acara pelancaran produk Chriszen adalah kerana bulan madu dan bukan kerana plaintif (Chriszen) tidak memberi notis secukupnya,” kata hakim itu.

Shamsudin berkata, plaintif sudah memaklumkan kepada Nelydia sejak 8 Mac 2019 mengenai acara yang akan diadakan pada 25 April 2019 dan tarikh itu turut dipersetujui oleh syarikat yang menyelia dan menguruskan Nelydia iaitu Alfie Management Sdn Bhd bagi pihak selebriti berkenaan.

Bagaimanapun, hakim itu berkata, pada 13 Ogos 2019 penghakiman ingkar sudah dimasukkan terhadap Alfie Management yang sebelum ini dinamakan sebagai defendan pertama dalam kes sam4n berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ready for my long exciting weekend! Apa best kat Langkawi? Habaq mai sikit 😬 📍 : @dashresortlangkawi 📸 : @cameo.x

A post shared by @ nelydiasenrose on

Mahkamah juga berpuas hati bahawa Nelydia sendiri sudah mengetahui bahawa beliau tidak dapat menghadiri acara itu sejak 24 Mac 2019, namun hanya menunggu 19 hari kemudian iaitu pada 12 April tahun sama untuk memaklumkan kepada plaintif mengenai ketidakhadirannya.

“Mahkamah berpuas hati bahawa mesyuarat yang diadakan pada 12 April 2019 adalah atas inisiatif plaintif dan jika tidak kerana mesyuarat itu, plaintif tidak akan tahu yang defendan kedua tidak dapat hadir pada acara itu.

“Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan yang menunjukkan defendan kedua (Nelydia) gagal mematuhi terma-terma perjanjian dan tindakan plaintif mengeluarkan notis 30 hari kepada defendan kedua untuk menjawab e-mel yang dihantar kepadanya adalah berasas.

“Atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati pihak plaintif berjaya membuktikan kes dan defendan kedua sudah gagal untuk membuktikan pembelaannya. Oleh yang demikian, tuntutan sam4n plaintif dibenarkan,” kata hakim itu lagi.

Pada 7 Oktober 2019, Chriszen Malaysia menyam4n Alfie Management dan Nelydia sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Chriszen Malaysia berkata Nelydia, yang membintangi drama ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ dilantik sebagai duta jenama Chriszen melalui satu perjanjian bertarikh 21 Disember 2018 dan berdasarkan perjanjian, kedua-dua defendan perlu mempromosikan produk syarikat termasuk membuat hantaran mengenai produk sebanyak 15 kali di media sosial.

Syarikat kecantikan dan penjagaan kulit itu mend@kwa pada Mac 2019, Nelydia sudah bersetuju untuk menghadiri satu acara pelancaran media ‘Match Matte Serum Foundation’ yang akan berlangsung pada 25 April 2019.

Bagaimanapun, d@kwa plaintif pada 12 April tahun sama, pihaknya dimaklumkan bahawa Nelydia tidak akan menghadiri acara itu tanpa apa-apa penjelasan yang munasabah.

Syarikat itu mend@kwa, defendan pertama iaitu Alfie Management, yang menyelia dan menguruskan selebriti itu juga tidak mengambil apa-apa langkah untuk membetulkan ketidakhadiran artisnya atau memberi penjelasan yang munasabah.

Menurut Chriszen Malaysia, atas persetujuan Nelydia untuk menghadiri acara tersebut, plaintif membuat penyediaan bahan pemasaran dan promosi termasuk menyewa jurudandan serta model untuk demonstrasi pelancaran solekan.

d@kwa plaintif, ketidakhadiran Nelydia sudah menyebabkan reputasi Chriszen Malaysia tercalar dan syarikat itu terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM61,702.40 selain menuntut kedua-dua defendan memulangkan semula kos perkhidmatan berjumlah RM102,275 yang sudah diberikan kepada mereka.

Dalam prosiding itu, Chriszen diwakili peguam Tan Eng Keat dan Lim Sin Yee, manakala Nelydia yang tidak hadir diwakili peguam Amirul Izzat Hasri dan Lim Zi-Han.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

One for the album. Picture from Raya ke-2 💙🤍. Sooooo Raya ke-3 ni nak buat apa? Helpppp 🤷🏻‍♀️

A post shared by @ nelydiasenrose on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Nelydia Senrose diperintah bayar ganti rugi RM89,000, puncanya memang mengeejutkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*