Patutlah saya tiada ‘job’ – Sarah Hildebrand

KUALA LUMPUR: Sarah Hildebrand menafikan pernah membuat kenyataan tidak lagi aktif dalam bidang seni atau meletakkan noktah pada karier lakonan.

Sarah atau nama sebenar, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, memohon segelintir pihak berhenti menyebarkan maklumat palsu mengenai perkara itu.

“Ada pengurus produksi menghubungi tengah hari tadi bertanya apakah benar saya sudah tidak aktif berlakon. Dia dengar ada orang beritahu begitu.

“Apa yang pelik, bila saya mengeluarkan kenyataan itu? Saya tidak pernah kata mahu berhenti berlakon, mahu berehat dan sebagainya,” katanya kepada BH Online.

Sehubungan itu, Sarah kesal dan kecewa penyebaran berita p4lsu mengenai dirinya yang dikatakan sudah bersara, seakan-akan menyekat rezekinya.

“Saya s@kit hati mendengarnya. Bagaimana orang boleh bercakap sebelum bertanya kepada saya hal sebenar?

“Tidak dinafikan, ia seperti menyekat rezeki saya. Apatah lagi dalam situasi mencabar ini, pastinya saya perlukan kerja,” katanya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda itu menambah, dia tidak berlakon sejak beberapa bulan yang lalu.

“Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi drama Tunggu Dulu Cinta di mana penggambaran dilakukan, Julai lalu. Selepas itu, saya memang tiada ‘job’.

“Patutlah saya tiada ‘job’ dan mula risau, rupa-rupanya ramai syarikat produksi menyangka saya sudah tidak aktif berlakon.

“Mungkin disebabkan mereka melihat saya tidak aktif di Instagram (IG), lantas mereka membuat kesimpulan tidak lagi aktif berlakon. Kalau tiada ‘job’, bagaimana saya mahu muat naik hasil kerja di IG?” katanya.

Sehubungan itu, Sarah mahu sentiasa mengemas kini laman sosial agar tidak ada pihak yang menganggap dirinya tidak lagi aktif dalam dunia seni.

“Saya perlu aktif di IG biarpun saya bukanlah orang begitu. Apabila perkara ini terjadi, saya perlu ambil inisiatif untuk sentiasa aktif.

“Bagaimanapun, pengajaran yang kita dapat adalah lebih baik bertanya dahulu sebelum membuat kesimpulan. Mujur pihak produksi menelefon, jika tidak, saya akan terus tertanya-tanya mengapa saya tidak mendapat tawaran berlakon,” katanya.

Bagi mengisi masa lapang sejak dua bulan lalu, Sarah mengusahakan perniagaan kecil-kecilan menjual sabun, pelitup muka dan pakaian ‘pre-loved’ atau terpakai.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "Patutlah saya tiada ‘job’ – Sarah Hildebrand"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*