Dapat mesej tanya khabar.. Cikgu sangka bekas pelajarnya di sekolah berasrama penuh kerja ‘guard’…

HASRAT seorang pemuda menghantar mesej kepada seorang guru menerima maklum balas yang tidak disangka-sangka.

“Assalamualaikum cikgu,” tulisnya dalam mesej berkenaan.

“Waalaikumsalam Zahid, kau jadi jaga kat mana tu,” jawab guru tersebut.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, pemuda itu memuat naik tangkapan skrin mesej tersebut serta gambar profilnya memakai uniform hitam dan putih serta tali leher hitam.

Tangkapan skrin di awal mesej Zahid bersama seorang guru di aplikasi Telegram.

Pemuda berkenaan, Muhammad Zahid Helmi Ismail memberitahu, dia sebenarnya mahu menghantar mesej bertanya khabar kepada seorang guru menerusi aplikasi Telegram.

Remaja berusia 18 tahun itu berkata, dia secara kebetulan teringatkan guru yang pernah mengajarnya di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Sabak Bernam di Sabak Bernam, Selangor itu.

“Tiba-tiba teringatkan cikgu tu sebab kami rapat masa di sekolah dan dah lama tak jumpa selepas habis tingkatan 5. Masa mula-mula dapat mesej yang dibalas cikgu tu saya tergelak.

“Bagaimanapun, cikgu saya bukanlah orang pertama yang menyangka saya bekerja sebagai pengawal keselamatan,” katanya kepada mStar.

Zahid (dua, dari kiri) bersama rakan-rakanya di UniKL-MIMET.

Lebih mesra disapa Zahid, dia berkata uniform tersebut sebenarnya merupakan pakaian seragam di intitusi pengajiannya di Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL-MIMET) di Lumut, Perak.

“Masa cikgu tanya tu, saya dah boleh agak cikgu merujuk pada gambar profil saya di Telegram. Sebelum ni ada yang tanya soalan yang sama termasuk gambar di laman sosial.

“Tapi saya tak terasa hati pun. Pengawal keselamatan pun satu pekerjaan juga, malah mereka melakukan pengorbanan besar kepada masyarakat.

“Mana-mana pekerjaan pun ada tanggungjawab masing-masing. Malah uniform tu juga pernah disangka kerjaya sebagai juruterbang,” ujarnya yang berasal dari Kuala Selangor.

Zahid dan rakan-rakan memakai uniiform apabila menghadiri kuliah.

Pelajar Diploma Teknologi Kejuruteraan (Kejuruteraan Marin) itu berkata setakat ini, dia hanya memakai uniform tersebut apabila menghadiri kuliah dan sekitar kampus.

“Tapi ada juga rakan-rakan yang keluar ke pusat beli-belah berdekatan kampus dan pakai uniform tu. Ada juga orang awam tegur tanya kata mana mesin untuk bayar tiket parkir.

Saya tak terasa hati pun. Pengawal keselamatan pun satu pekerjaan juga, malah mereka melakukan pengorbanan besar kepada masyarakat.

MUHAMMAD ZAHID HELMI ISMAIL

“Kalau mengambil contoh pengawal keselamatan di pusat beli-belah, mereka ni serba-boleh sebab ada juga yang jadikan mereka macam kaunter pertanyaan.

“Sebab apa? Sebab mereka lebih dipercayai dan kita pun rasa selamat berbanding tanya pada orang yang tidak dikenali. Lagipun mereka sudah tentu dah biasa di kawasan mereka bekerja kerana sentiasa membuat rondaan dan pemantauan kan,” tambahnya.

Zahid bercita-cita untuk menjadi jurutera marin.

Mengenai pengajiannya, anak kedua daripada tiga beradik itu bercita-cita untuk menjadi jurutera marin kerana impiannya mahu mempunyai kerjaya dengan belayar di atas kapal.

“Saya berbangga dengan apa yang saya lalui sekarang. Tak kisahlah orang nak kata saya ni abang guard ke abang pilot ke, saya okay saja.

“Ada yang tak tahu maka bertanya dan kita jangan cepat melatah atau terasa hati. Apa yang kita lakukan perlu ada rasa bangga termasuk menghorm@ti pekerjaan orang lain,” ujarnya.

Zahid (kanan) menjadi perhatian apabila berkongsi mengenai gambar profilnya memakai uniform (kiri)

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Dapat mesej tanya khabar.. Cikgu sangka bekas pelajarnya di sekolah berasrama penuh kerja ‘guard’…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*