Wahid Senario rayu orang ramai bantu Pak Lah Cecupak

SIAPA yang masih kenal dengan pelawak veteran, Pak Lah Cecupak? Pemilik nama sebenar Nor Affendi Nurdin, 53, itu kini dilaporkan menghid4p bar4h usvs tahap empat.

Dipahamkan, Pak Lah disahkan mend3rita peny4kit kr0nik itu sejak Julai lalu dan perlu menjalani r@watan susulan di h0spital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.

Pergerakan yang terbatas ditambah dengan masalah kesihatan membuatkan Pak Lah terpaksa ‘berkampung’ di h0spital dan tidak dapat bekerja lagi.

Sebelum s@kit, Pak Lah difahamkan bekerja sebagai pencipta lagu di Kampung Karyawan Koloni Amanjaya, People Of Remarkable Talents (PORT) di Ipoh, Perak.

Keadaan Pak Lah yang kurang memberangsangkan itu turut dikongsikan oleh rakan seperjuangannya, Wahid Senario dalam akaun Instagramnya, @wahid_official75.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Mintak maaf menganggu semua ye..tak paksa ye, tapi mntak tolong jugaklah kan. Insha Allah kalu kita tolong org, Allah aln bantu kita balik ye.. NO Account ➡️swipe tepi Kome steady teman steady Alhamdulillah.. . #shuibsepahtu #thebosgaurus#hairulazreen #hingkerfm #mafholiday

A post shared by Wahid Mohamad (@wahid_official75) on

Wahid yang bersimpati dengan sahabatnya itu memuat naik video memohon sumbangan orang ramai untuk menyalurkan dana bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung Pak Lah.

“Minta maaf menganggu semua ye..tak paksa ye, tapi minta tolong jugalahkan. Insya-ALLAH kalau kita tolong orang, ALLAH akan bantu kita balik,” katanya menerusi Instagramnya.

Dalam perkongsian video pendek berdurasi 52 saat, pelawak itu juga meminta tolong orang ramai untuk membantu sahabatnya walaupun dengan nilai RM2 untuk ringankan beban.

 

Beliau turut kongsikan nombor akaun bank anak Pak Lah untuk memudahkan urusan sumbangan memandangkan lelaki itu kini hanya bergantung kepada ihsan dua anak yang bekerja.

Melihat usaha Wahid, Pak Lah telah membalas post tersebut melalui akaun miliknya, paklah_cecupak.

Beliau berterima kasih dengan bantuan yang dihulurkan dan mendoakan Wahid diberkati dan dilimpahi rezeki.

“Terima kasih Wahid, semoga Allah permudahkan segala urusan, sentiasa sihat, ceria diberkati dan dilimpahi rezeki. Amin.”

Pada masa sama, pelakon Shiela Mambo juga turut berkongsikan kisah sama mengenai Pak Lah dan turut memohon bantuan untuknya di akaun Facebook.

 

Perkongsian menyentuh perasaan itu membuatkan ramai warganet memberikan reaksi positif dan masing-masing cuba membantu dengan menularkan post tersebut selain mendoakan keadaan Pak Lah bertambah baik.

“InsyaAllah…mohon saya share posting abang wahid ke ig story saya ye..terima kasih.” – muzanamohamed

“Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aamin..” – tehaisbussku

“Semoga dipermudahkan segala urusan r@watan pak lah cecupak dan urusan tuan Wahid…” elmi_ikhwan

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: sinarplus

Be the first to comment on "Wahid Senario rayu orang ramai bantu Pak Lah Cecupak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*