“Tapi Abang Tidak, Abang Lebih Pada…” – Kamal Adli

Masing-masing masih lagi bujang dan tidak mempunyai pasangan. Jadi tentunya tidak menjadi masalah apabila peminat cuba ‘menjodohkan’ Kamal Adli dengan Uqasha Senrose. Apatah lagi chemistry antara mereka ternyata cukup meyakinkan.

Sebelum ini ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad, ramai yang betul-betul inginkan mereka berdua mendirikan rumah tangga.

Kali ini Kamal Adli dan Uqasha Senrose digabungkan sekali lagi dalam drama Perempuan Tanpa Dosa dan memperlihatkan keakraban mereka yang semakin rapat.

Malah, masing-masing kelihatan saling menyayangi apabila dikatakan menyambut hari lahir antara satu sama lain.

Dalam satu entri di Instagram Kamal Adli, dia memuat naik sekeping gambar bersama Uqasha yang memperlihatkan mereka sedang membeli kuih.

“Sudah sudah.. Kerja nak membeli jeee dia ni. Tapi rasa nya lebih kepada membeli ke membawang org perempuan ni?” tulis Kamal sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sudah sudah.. kerja nak membeli jeee dia ni.. 😡 tapi rasa nya lebih kepada membeli ke membawang org perempuan ni? 🤪 @luqmanhere2 #perempuantanpadosa

A post shared by K.A (@kamaladli) on

“Lelaki yang sekarang lagi kuik membawang dari pompuan,” komen Uqasha pada entri tersebut.

“Tapi abang tidak… Abang lebih pada Uqawang,” manis sahaja jawapan Kamal untuk komen Uqasha tersebut.

Ramai peminat yang meninggalkan komen mendoakan agar mereka ada jodoh antara satu sama lain, melihatkan kepada kemesraan mereka berdua yang tidak dibuat-buat.

Kamal Adli pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa orang pelakon wanita, tetapi semuanya putus di tengah jalan. Semoga ada jodoh antara Kamal dan Uqasha.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Tapi Abang Tidak, Abang Lebih Pada…” – Kamal Adli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*