Selepas Puteri Sarah Buat Luahan, Sekali Mawi Pula Dedah Sesuatu

Rakan kepada sutradara dan pelakon Syamsul Yusof, Mawi berharap agar kisah yang tular di media sosial mengenai keretakan rumah tangga pasangan sahabatnya itu tidak benar.

Kata Mawi, dia ada berhubung dengan Syamsul beberapa hari lalu namun tidak berbincang mengenai kisah peribadinya.

“Cerita ini saya tahu dari media dan Instagram.

“Beberapa hari lepas saya ada berhubung dengannya melalui voice note tapi tak ada bertanya apa-apa berkaitan dengan masalah peribadinya.

“Daripada perbualan pun semuanya okey dan dia tak ada menunjukkan sedang bermasalah.

“Saya harapkan cerita ini tak betul… Kita doakanlah,” katanya kepada Gempak.

Mawi ditemui pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Nurflix, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Iskandar Malaysia Studios (IMS) dan Amazon Web Services (AWS) di Acapella Suite Hotel, Shah Alam pada Rabu.

Terdahulu, isteri kepada Syamsul, Puteri Sarah dilaporkan berada di pejabat agama dan enggan mengulas mengenai tindakannya itu.

Tinjauan di Instagram juga mendapati Syamsul dan Puteri Sarah sudah tidak mengikuti akaun masing-masing.

Kali terakhir mereka berkongsi foto bersama ketika sambutan Aidilfitri pada Mei lalu.

“Memang banyak sy4itoon!” Puteri Sarah K0ngsi Sesuatu Buat Ramai Terkezut

KISAH rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang did@kwa sedang bergolak terus mendapat perhatian netizen.

Menerusi Instagram, Puteri Sarah berkongsi mesej peribadi daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahankan perkahwinan yang dibina demi anak-anak mereka.

“Sarah… saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif.

“Ujian rumah tangga memang besar sebab syai1tan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah.

“Maaf saya tak tahu apa berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!,” tulis seorang pengikut.

Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat atas sokongan.

Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya yang kini berdepan ujian.

“Memang banyak syaitan… tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat!,” jawabnya.

Pada Jumaat lalu, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail.

Yusof dan isteri enggan masuk campur urusan anak.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu.

Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Selepas Puteri Sarah Buat Luahan, Sekali Mawi Pula Dedah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*