“Sebelum ini ada 7 calon, ini calon ke-8” – Viral Buat Persiapan Kahwin Suami Sendiri, Wanita Perjelas Kenapa Rela Hidup Bermadu

Rasanya kisah wanita bernama Syiela Rashid atau nama sebenarnya, Rosyilah Abd Rashid, 42, sudah viral beberapa hari lalu apabila gambarnya mengiringi pernikahan suaminya sendiri mendapat pujian ramai netizen kerana rela dengan kehidupan bermadu.

Meskipun ia pilihan individu sama ada untuk menerima suami mereka berkahwin lain ataupun tidak, namun ramai yang tertanya-tanya mengapa dan bagaimana wanita ini begitu reda dan tabah dalam menghadapi situasi itu.

Menurut Sinar Harian, Syiela yang juga guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap telah menjadi tulang belakang bagi majlis akad nikah kali ketiga suaminya, Khubaib Ramli, 36 di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu. 

Ini termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain, madunya sehinggalah membuat persiapan di majlis persandingan suaminya itu yang merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.

Kata Syiela, dia tidak pernah menghalang suaminya untuk berpoligami tak kiralah dengan anak dara ataupun janda, malah dia sendiri yang membantu suami mencari calon isteri. Fuh lain macam ni! 

Lebih mengejutkan apabila dia memberitahu, madunya kini merupakan calon kelapan buat suaminya sebagai isteri selepas gagal dalam pencarian sebelum ini. 

“Sebelum ini ada 7 calon, namun mereka semua menolak disebabkan oleh tidak setuju dengan poligami ini,” katanya.

Calon kelapan ini juga katanya kebetulan hadir temuduga pada 1 Februari bagi jawatan eksekutif pemasaran di syarikat milik Khubaib.

“Semasa temuduga saya tengok reaksi suami suka pada wanita itu dan saya boleh baca dan faham keadaannya selepas dia diterima kerja sehari kemudian. 

“Seminggu selepas itu suami menyatakan hasrat kepada Ain dan setuju untuk kahwin sebelum mereka bertunang pada 15 Mac lalu,” katanya lagi.

Syiela yang berasal dari Alor Janggus, Alor Setar sebelum ini merupakan ibu tunggal kepada 2 anak perempuan dan mendirikan rumah tangga dengan Khubaib pada 2015 lalu. Mereka berdua telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Manakala Khubaib pula mempunyai 6 cahaya mata dengan perkahwinan pertamanya dan 8 orang anak kini tinggal bersama mereka dengan seorang anak bongsu tinggal bersama bekas isteri di Kelantan.

Salute dengan kakak ni. Tak semua orang boleh jadi macam dia. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "“Sebelum ini ada 7 calon, ini calon ke-8” – Viral Buat Persiapan Kahwin Suami Sendiri, Wanita Perjelas Kenapa Rela Hidup Bermadu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*