“Saya Hampir Hilang Arah” – Linda Rafar

Pelakon Linda Rafar bakal menerbitkan sekuel novel, Menunggumu Di Pintu Syurga yang mengisahkan arw4h anak lelakinya, Rezaimen Keiflin yang men1nggal dunia pada 2014.
 
Menurut Linda, nakshah yang ditulisnya itu akan diterbitkan dalam masa terdekat.
 
“Akan datang! Novel Menunggumu Di Pintu Syurga 2! Siapa yang dah pernah ada dan baca novel pertama?,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
 
Pengumuman Linda itu kemudian disambut baik dalam kalangan pengikutnya yang mengikuti kisah arw4h anaknya yang mesra dengan panggilan Memen itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Coming soon!! Novel menunggu mu di pintu syurga 2…!! siapa yg dah pernah ada n baca novel pertama?? #novelmenunggumudipintusyurga #prayformemen @rezaimen_keiflin 🤲🏻 (Al-fatihah)

A post shared by LindaRafar (@lindarafar) on

Rata-rata tidak sabar mahu mengikuti kisah yang akan dibukukan mengenai perjalanan anaknya yang mengh1dap k4nser lymphoma stage 4.
 
“Ya, nak tunggu ni. Baca yang pertama pun sampai nangis-nangis. Yang ini tak tahulah ni,” komen salah seorang pengikutnya.
 
Bahkan, dalam satu entri berasingan, Linda turut berkongsi gambar kenangan arwah anaknya yang menyiapkan sebuah lukisan ketika mendapatkan raw4tan di hospital.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Al-fatihah memen😭 Siapa setuju jika linda film kan novel menunggumudipintu syurga..🤚🏻 insyaallah doakan🤲🏻 #prayformemem #novelmenunggumudipintusyurga #memenahlisyurga #satulagibylr #cintasejati 😭

A post shared by LindaRafar (@lindarafar) on

“Saya hampir hilang arah seketika namun saya masih ingat wajah-wajah keluarga, kawan dan pengikut yang hadir pada malam Memen pergi. Itulah kekuatan linda. 

“Hari pertama memen disahkan stage 4 jatuh pada hari pertama MH370 hilang dari radar. Namun Memen sempat lukis gambar kapal terbang di sebelahnya. (Mama MH370 tak hilang tapi Allah ambil ke syurga) tangan Memen juga melambangkan yang Memen juga ke syurga. Allahuakbar,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Pada mereka yg mengikuti perkembangan arwah anak linda sejak tahun 2014.. terima kasih masih follow cter memen yg sangat sukar dlm diri utk linda kongsi 😭Memen yg mengidap cancer (lymphoma) secara tiba2 dlm masa sebulan trus ke Stage4 memang mengubah hidup linda sekelip mata..Linda hampir hilang arah seketika namun linda masih ingat wajah2 family,kawan n followers yg hadir pd mlm memen pergi.. itu la kekuatan linda😭 Hari pertama memen di dignose stage 4 jatuh pd hari pertama MH370 hilang dari rada.. namun memen sempat lukis picture kapal terbang di sebelahnyaa.. (mama mh370 tak hilang tp allah ambik ke syurga) tangan memen juga melambangkan yg memen juga ke syurga..Allahukabar😭 Linda x bole nk truskan tulis skrg ni.. sedih sebak sgt.. nanti u all tunggu novel ke-2 ok.. banyak yg linda nk kongsikan #prayformemen #novelmenunggumudipintusyurga #memenahlisyurga🤲🏻

A post shared by LindaRafar (@lindarafar) on

 
Sebelum ini, Linda pernah menerbitkan buku pertama pada 2014 yang terjual lebih 150,000 unit.
 
Memen yang men1nggal dunia ketika usianya 12 tahun merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda dengan bekas pelumba kereta, Keifli Othman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Saya Hampir Hilang Arah” – Linda Rafar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*