Anwar kata Perikatan Nasional jatuh, Sekali KJ pecah ‘lubang’

Sebentar tadi, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat sidang media mend@kwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.

Hal tersebut sudah tentu mengejutkan banyak pihak kerana dalam sidang media itu juga Anwar telah menyatakan kerajaan dibawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah jatuh kerana beliau mend@kwa mendapat majoriti sokongan yang kukuh.

Tak ada apa yang berlaku

Namun begitu, menerusi Twitter Menteri Sains, Inovasi dan Teknologi, YB Khairy Jamauddin memaklumkan tidak ada apa-apa yang jatuh atau tumbang dalam kerajaan kini kerana beliau baharu sahaja selesai bermesyuarat bersama Jemaah Menteri yang lain.

Anwar d@kwa dapat sokongan

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mend@kwa telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu

Bercakap pada sidang media di sini hari ini, Anwar berkata beliau juga telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat r@watan di Institut Jantu-ng Negara.

Katanya, maklumat dan langkah selanjutnya akan dimaklumkan selepas menghadap YDPA dalam masa terdekat.

“Pentadbiran ini mewakili bukan saja rakyat Melayu Bumiputera tetapi semua kaum di negara ini,” katanya.

Ditanya jumlah sokongan diperoleh, Anwar enggan mended@hkan sebaiknya mengulang pendirian memperoleh majoriti yang kukuh daripada pelbagai parti untuk membentuk kerajaan.

“Konklusif, kuat dan kukuh, saya bukan bercakap mengenai 4,5,6 sokongan tetapi hampir dua pertiga ahli parlimen pelbagai parti.

“Dokumen ini tetap tidak boleh diragui, semuanya akan dimaklumkan sebaik menghadap Agong,” katanya.

Ditanya sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad ada dalam senarai itu, Anwar berkata, bekas Perdana Menteri itu tiada dalam senarai.

“No (tiada), buat masa ini tiada,” katanya.

Anwar turut ditanya adakah terdapat pemimpin PKR yang berpaling tadah dan menyertai parti lain.

Solat hajat doakan kesejahteraan Agong

Kuala Lumpur : Semua masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disarankan untuk melaksanakan solat hajat selepas waktu Maghrib, hari ini, khusus mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, seperti diketahui ramai, baginda sedang menjalani r@watan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Marilah kita semua berdoa agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku serta baginda sentiasa berada di bawah riayah dan perlindungan Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Abdullah dimasukkan ke IJN bagi menjalani r@watan sejak dua hari lalu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, baginda dimasukkan ke Wad Diraja, IJN selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatan.

“Adalah juga dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah dinasihatkan supaya diawasi oleh doktor ketika ini dan Seri Paduka Baginda tidak dalam keadaan yang membimbangkan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Anwar kata Perikatan Nasional jatuh, Sekali KJ pecah ‘lubang’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*