“Mel4mpau Sangat Sampai Nak Putus Kawan…”- Awie

Vokalis Wings, Awie menegaskan kolaborasinya dalam Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia bukan untuk mengganti tempat Amy sebagai penyanyi utama kumpulan Search.

Menurut Awie kolaborasi itu diterima bagi mengisi keperluan Search yang ketika itu meminta bantuannya.

“Saya tidak pernah menganggap saya pengganti atau apa, ini hanyalah projek saya dengan Search untuk konsert ini sahaja.

“Tidak boleh kata saya sebagai pengganti kerana saya masih ada Wings dan tak mungkin saya tinggalkan apa yang telah saya bina sebelum ini.

“Saya terima tawaran ini selepas ahli Search buntu mahu mencari vokalis untuk konsert ini. Mereka juga nak ‘cari makan’ dan terlintas nama saya disitu.

“Ini sekadar pertolongan saya dari sahabat kepada sahabat. Lagipun saya membesar juga dengan lagu-lagu Search rasanya tak jadi masalah buat saya untuk menyanyikannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Awie ditemui selepas sidang media Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia di Bukit Kiara Equestrian & Resort, semalam.

Amy secara rasmi mengumumkan penggunduran dirinya dari Search pada 28 Mac 2020.

Apabila ditanya adakah keputusannya berkolaborasi dengan Search menjejaskan hubungannya dengan Amy, Awie menafikannya.

“Hubungan saya dengan Amy tak ada masalah. Jangan kerana projek macam ini kita putus kawan.

“Untuk apa jadi insan seni, kita memikirkan satu-satu projek sahaja. Sesiapa sahaja boleh terima projek ini mengikut tawaran yang diterima masing-masing,” katanya lagi.

Awie bersama anggota Search terkini iaitu Nasir (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (dram) bakal bersatu dalam Konsert Search X Awie Cinta Buatan Malaysia bakal diadakan di Stadium Malawati Sahah Alam pada 12 Disember 2020, bermula jam 9 malam.

Konsert itu yang pada asalnya diberi nama Apologia itu sepatutnya dijayakan pada 28 Mac lalu di The Bee, Publika namun ia tertangguh kerana negara dan seluruh dunia dilanda pandemic Covid-19.

Dijangka Awie bakal mempersembahakan lebih 15 lagu-lagu popular Search seperti Mentari Merah Di Ufuk Timur, Cinta Csepi, Kejora, Nur Nilam Sari dan banyak lagi.

Tiket konsert anjuran Imaginex & HS Shazlicious Trading ini berharga RM399, RM299, RM199, RM99 dan RM1000(VVIP).

Peononton yang telah membeli tiket untuk konsert pada Mac lalu, masih sah digunakan untuk konsert pada Disember nanti.

Tiket dan segala informasi konsert boleh didapati di www.ilassoickets.com atau hubungai 03-21706333.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Mel4mpau Sangat Sampai Nak Putus Kawan…”- Awie"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*