“Aku Cerdik Dan Aku Banyak Duit,” Kalau Tak Pandai, Boleh Cari Ilmu.. – Syifa Melvin

Pelakon dan ahli perniagaan berjaya, Syifa Melvin tidak menafikan istilah ‘bimbo’ sering dikaitkan dengan wanita yang berpenampilan menarik.

Bagaimanapun jelas Syifa, perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana andai tidak tahu dalam sesuatu, kita boleh cuba belajar untuk menjadi individu yang lebih baik.

“Perempuan cantik yang dikaitkan dengan perkataan bimbo itu sudah biasa dengar, sebab kadang-kadang ada yang buat ia sebagai bahan jenaka.

“Akan tetapi, bagi saya…’biarlah bimbo-bimbo aku pun, aku cerdik dan banyak duit. Itu yang penting.

“Malah rasanya kalau bimbo, kita boleh cuba berubah dengan mencari ilmu,” jelasnya jujur.

Syifa ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah kejayaan milik bersama! Kekasih ditubuhkan memang utk berkongsi rezeki dan Alhamdulillah dan terbukti ramai yg berjaya dgn sales Jutaan ringgit,Kekasih utk mereka yg nak ubah hidup,bangun dari comfort zone.. We will fly higher and higher! Aim high Team!!! #TheMelvinsCircle ❤️❤️❤️

A post shared by SM (@syifamelvin) on

Kini berjaya membuktikan kredibilitinya dalam dunia perniagaan, adik kepada pelakon Syatilla Melvin ini juga menyifatkan sukses yang diraih kini adalah hasil kerjasama yang baik di antara mereka adik-beradik.

“Setakat ini, saya tidak pernah menerima kec4man sedemikian secara langsung.

“Cuma apa yang boleh saya kongsi, apa yang kami kecapi menerusi Kekasih ketika ini adalah suatu ‘dend4m’ terbaik.

“Perkara itu sudah dibuktikan menerusi pelancaran ini,” katanya yang turut terharu atas sokongan ramai pihak yang turut bersama-sama mengembangkan empayar niaganya.

Terdahulu pada majlis berkenaan, The Melvins yang dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa juga turut melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, pembayang mata serta pembayang pipi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: MH

Be the first to comment on "“Aku Cerdik Dan Aku Banyak Duit,” Kalau Tak Pandai, Boleh Cari Ilmu.. – Syifa Melvin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*