Selepas Yusof Haslam Bersuara, Syamsul Yusof Sendiri Pula Buka Mulut

Sejak semalam peminat hiburan seni tanahair dikejutkan dengan berita pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di pejabat agama.

Manakan tidak, pasangan terbabit dilihat tidak pernah ada sebarang pergeseran meskipun jarang berkongsi aktiviti kehidupan mereka.

Namun ramai beranggapan bahawa keadan rumah tangga pasangan selebriti tersebut kini sedang berantakan.

Datuk Yusof Haslam bersuara

Terkini, pengarah filem itu Datuk Yusof Haslam tampil menjawab perkara yang membabitkan rumahtangga anak lelakinya itu.

Enggan mencampuri urusan peribadi mereka, Yusof berkata dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun Yusof berkata, dia dan isterinya iaitu Datin Fatimah Ismail sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak dan menantunya itu.

Puteri Sarah enggan mengulas d@kwaan rumah tangganya dengan Syamsul kini berdepan dengan masalah.

” Saya tak tahu apa-apa mengenai rumah tangga mereka. Biarlah Syamsul dan Puteri Sarah sendiri yang beri kenyataan sebab saya tak boleh nak beri komen.

” Benda ini terlalu peribadi sebab melibatkan hal rumah tangga mereka.

” Lagipun, mereka berdua dah tidak tinggal bersama dengan saya sejak dua tahun lalu sebab mereka ada rumah sendiri.

” Sebagai bapa, sudah tentu saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

” Apa saja kemelut yang berlaku, saya dan isteri mendoakan agar mereka dapat selesaikan dengan baik,” kata Yusof kepada mStar.

Yusof diminta mengulas mengenai d@kwaan Puteri Sarah Liyana dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada Jumaat lalu.

Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuannya, Fatimah.

Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Syamsul Yusof pula bersuara

Kuala Lumpur: Pengarah Syamsul Yusof, 36, memohon orang ramai mendoakan hubungan rumah tangganya dengan isteri, Puteri Sarah dalam keadaan baik.

  Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ketika dihubungi Harian Metro, bagaimanapun enggan mengulas lanjut apa yang terjadi dalam perkahwinan mereka.

  Terdahulu, timbul d@kwaan Puteri Sarah dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin, yang ditemani ibu mentuanya.

  “Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang personal dan harapnya dapatlah menghorm@ti

  “No komen, ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga,” katanya.

  Ditanya juga mengenai tindakan isterinya yang sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram, dia tegas enggan memberi komen.

  Apapun, semalam Harian Metro melaporkan kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di kawasan pejabat agama itu.

  Malah, Puteri Sarah bersama ibu mentuanya dikatakan masuk ke bahagian undang-undang keluarga meskipun tidak dapat dipastikan tujuan sebenar kehadirannya itu .

  Selain itu, di Instagram Syamsul juga kali terakhir dia memuat naik foto bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala, foto bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

  Pasangan Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Mstar. Harian Metro

Be the first to comment on "Selepas Yusof Haslam Bersuara, Syamsul Yusof Sendiri Pula Buka Mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*