Puteri Sarah ke pejabat agama?

Kuala Lumpur: “Maaf, tiada apa yang ingin saya kongsikan buat masa ini,” kata pelakon Puteri Sarah ringkas.

Ia susulan timbul d@kwaan isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof itu dilihat muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, kelmarin.

Puteri Sarah, 35, dikatakan hadir dengan ditemani seorang wanita yang did@kwa ibu mentuanya.

Kelibat Puteri Sarah yang berjubah dan bertudung hitam itu menarik perhatian orang ramai yang kebetulan berada di situ apabila dia masuk ke bahagian undang-undang keluarga.

Namun, tidak dapat dipastikan tujuan sebenar Puteri Sarah hadir ke situ.

Malah, berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Puteri Sarah juga sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram.

Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu. Gambar bersama Puteri Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu.

Didoakan semoga yang baik-baik saja buat pasangan ini.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Puteri Sarah ke pejabat agama?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*