Lima bulan jual cempedak goreng tepi jalan, balu Abam syukur kini mampu miliki kedai – “Alhamdulillah… ini hasil titik peluh dan kesabaran”

SELEPAS lima bulan mengusahakan perniagaan cempedak goreng secara kecil-kecilan di tepi jalan, isteri Allahy4rham Abam Bocey kini sudah mampu memiliki sebuah kedai di Sabak Bernam, Selangor.

Hidayah menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira itu dan meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

“Alhamdulillah syukur pada Allah, hari Jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.

“Terima kasih abang Dayah, @sirazmier bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah dan famili tercinta sentiasa doakan serta sokong Dayah.

“Terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MBSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 dengan cepat. Alhamdulillah syukur” ujarnya.

Hidayah mulakan bisnes cempedak goreng selepas kem@tian Abam.

Hidayah atau nama sebenarnya Nor Hidayah Moh Ali, 28, memulakan perniagaan cempedak dan durian goreng sejak April lalu di sebuah gerai tepi jalan secara kecil-kecilan.

Menerusi laporan mStar, wanita itu mengusahakan bisnes itu bagi menampung kos perbelanjaan dan membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia satu tahun.

Allahy4rham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu selepas dua hari mengalami dem4m.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Kini

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Lima bulan jual cempedak goreng tepi jalan, balu Abam syukur kini mampu miliki kedai – “Alhamdulillah… ini hasil titik peluh dan kesabaran”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*