“Saya dengan Lofa hanya bekerja” – PU Riz Jawab DAKWAAN Ada Hubungan Istimewa Dengan Neelofa

 

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba muncul je gosip yang mengatakan pend@kwah dan pelakon PU Riz Ismail kononnya mempunyai hubungan istimewa dengan Neelofa.

PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail, 25 yang menjalani latihan praktikal sebagai guru di sebuah sekolah di Wangsa Maju dan bakal menamatkan pengajian dalam bidang und4ng-und4ng peringkat Ijazah Sarjana Muda berkata, hubungannya dengan pengacara popular itu atas dasar kerja semata-mata. 

Menurut Harian Metro, Riz yang mengaku sudah lama mengenali Neelofa itu menolak d4kwaan wujudnya soal hati dan perasaan antara mereka berdua.

“Saya dah jelaskan sebelum ini dan konsisten dengan jawapan itu. Saya minta maaf kalau ada yang nakkan jawapan yang saya tak boleh bagi.

“Saya cuma cakap, saya dipanggil atas dasar kerja. Saya dah lama kenal Lofa dan program yang dibuat sebelum ini pun dapat perhatian media.

“Jadi saya tak rasa ada apa-apa yang pelik dan lain. Tidak ada soal hati atau perasaan antara kami seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini,” katanya.

Tambah Riz lagi, beliau hanya mahu menyampaikan d@kwah dan tidak lama lagi bakal menubuhkan yayasan bersama Neelofa.

“Saya hanya mahu sampaikan d@kwah, tidak lebih daripada itu. Sama-samalah kita berdoa agar diberikan jodoh yang baik. 

“Nak kahwin kena ada empat perkara dan yang paling penting ialah agama. Kita ambil agama dan sesungguhnya agama akan membantu kita. 

“Saya dan Lofa hanya bekerja sahaja. Kemana-mana berdua pun atas faktor kerja. Kami dah lama buat kerja d@kwah. 

“Untuk tahun ini saja kami dah kumpul lebih satu juta ringgit. Syukurlah untuk satu pertubuhan yang baru, ia dikira amat pantas,” jelasnya yang tidak kisah dengan kata-kata netizen.

Bila disoal sama ada Neelofa mempunyai ciri-ciri wanita idaman, Riz berkata dia menghargai usaha seseorang untuk menutup aurat dan sebagainya. Namun baginya, bukan Neelofa sahaja tapi semua wanita di luar sana yang menutup aurat amat dia hargai.

Wow… ada apa-apa ke tu PU Riz dan Neelofa?? Min doakan yang baik-baik aje okay. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "“Saya dengan Lofa hanya bekerja” – PU Riz Jawab DAKWAAN Ada Hubungan Istimewa Dengan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*