Syak Angkara ‘Orang Dalam’, Penerbit Filem AADD Teruskan Sam4n Platform E-Dagang RM50 Juta

Penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD), Datuk Ayu Puteh akan tetap meneruskan k3s sam4n sebuah platform e-dagang yang menjual filem tersebut secara dalam talian dengan harga serendah RM1.

Kata Ayu pihaknya melalui peguam yang dilantik telah memfailkan sam4n sebanyak RM50 juta terhadap plaform e-dagang tersebut namun masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak berkenaan.

“Selepas 30 minit mengumumkan mahu meny4man, platform e-dagang itu telah bertindak menurunkan ‘link’ filem terbitan saya.

Ada Apa Dengan Dosa! Ustaz lahirkan anak luar nikah? 4 Jun! | KitaReporter:  Melaporkan warna-warna kehidupan

“Namun, saya akan tetap teruskan sama pihak yang bertanggungjawab sebab ini berkaitan isu hak cipta yang telah dicetak r0mpak.

“Sehingga kini tiada sesiapa datang untuk berjumpa saya atau memberikan penjelasan. Mungkin ada yang merasakan tak bijak kalau datang berjumpa dengan bukti yang sudah terang-terangan.

“Walaupun ada yang datang jumpa, saman tetap saya teruskan,” tegasnya.

Ayu berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan perdana filem Ada Apa Dengan Dosa di [email protected], Damansara, Selangor pada Isnin.

Kecoh pada Ogos lalu apabila sebuah platform e-dagang meluluskan vendor yang berdaftar menjual saluran filem tersebut yang telah dicetak r0mpak secara dalam talian dengan berleluasa.

Sementara itu, Ayu tidak menolak perbuatan tidak bertanggungjawab itu berpunca daripada ‘orang dalam’ sendiri.

“Saya dapati filem yang ditayangkan di platform itu ada dua versi, satu tertera logo Astro First dan lagi satu tiada logo berdurasi penuh.

“Jika perkara ini ada melibatkan orang dalam, saya tidak tahu. Apa-apa pun, saya menyerahkan k3s ini kepada pihak berkuasa untuk lakukan peny1asatan lanjut.

“Saya harap perkara ini dapat beri pengajaran kepada sesiapa agar jangan sesekali mencvri dan mer0mpak hasil karya intelek orang lain yang sudah bertungkus lumus menyiapkannya,” tambahnya.

Ada Apa Dengan Dosa akan mula ditayangkan di 70 buah pawagam seluruh negara bermula 10 September 2020.

Sebelum ini, filem lakonan Wanna Ali, PU Riz, Ashraf Muslim dan Fasha Sandha itu telah ditayangkan di saluran Astro First sejak 4 Jun.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Syak Angkara ‘Orang Dalam’, Penerbit Filem AADD Teruskan Sam4n Platform E-Dagang RM50 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*