“Mek Yah, Mu Viral Lepas Ni Wey!” – Kongsi Video Guna Kuali Legend, Rakyat Terharu Dengan Permaisuri Agong

Ramai yang terlalu rindu dengan perkongsian dan celoteh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sudah tidak lagi ada di Twitter, namun rindu itu sedikit terub4t dengan adanya Instagram baginda, @airtangan_tunkuazizah.

Walaupun lebih terarah kepada masakan-masakan baginda, tetapi sesekali baginda akan berkongsi juga perihal keluarga seperti putera dan puterinya. Sifat Tunku Azizah yang sentiasa mengambil berat menjadikan dia seperti ‘ibu’ kepada ramai mereka di luar sana.

Beberapa hari lalu, baginda berkongsi resepi Nasi Goreng Butter di IGTV Instagram milik baginda itu. Tetapi yang menjadi perhatian ramai adalah kuali ‘legend’ yang digunakan oleh baginda ketika menggoreng nasi tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tunku Azizah Iskandar (@airtangan_tunkuazizah) on

Ternyata ramai yang dapat mengaitkan kuali legend tersebut dengan ibu dan keluarga mereka sendiri, mengingatkan mereka tentang waktu membesar, serta menjadikan sesuatu yang cukup indah sebagai kenangan dalam hidup mereka.

 

Dalam satu lagi entri di Instagram tersebut, baginda turut menjelaskan tentang kuali yang dianggap legenda oleh baginda sendiri dan bagaimana baginda turut gemar menggunakannya.

“Sebenarnya kuali legend ni Mek Yah punya. Puas sudah saya sental dengan berus besi, spray oven cleaner, tapi tetap ‘hitam itu menawan. Kalau saya masuk wet kitchen istana, Mek Yah mesti suruh saya pakai kuali legend dia!

“Pernah juga saya beli yang baru, dan buang yang burvk ni, kena marah dengan Mek Yah. Memang betul, pakai kuali legend ada ‘kick’! Setiap kali sebelum pakai, kami akan sental dengan berus besi ok,” tulis baginda Permaisuri pada entri tersebut.

Tambah baginda lagi, orang yang melihat tidak perlu rasa kotor kerana kuali legend tersebut sememangnya bersih dan baginda cukup suka menggunakan kuali tersebut.

“Kepada mereka yang geli, don worry the kuali is very clean! no germs nor grimes and I love it! Mek Yah, mu viral pas ni wey! Renamed ‘KUALI MEK YAH’,” tulis baginda lagi menamakan kuali legend tersebut sebagai Kuali Mek Yah.

Sehingga kini, Instagram @airtangan_tunkuazizah mempunyai hampir 800,000 pengikut termasuklah daripada selebriti-selebriti negara seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Mek Yah, Mu Viral Lepas Ni Wey!” – Kongsi Video Guna Kuali Legend, Rakyat Terharu Dengan Permaisuri Agong"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*