Ejen Insurans Amik Kesempatan, Guna K3s Faraid Balu Abam, Ini Komen Padu Peguam!

KEMELUT membabitkan Nor Hidayah Mohd Ali dan keluarga mentuan terutamanya berkaitan isu tuntutan harta peninggalan arw4h Abam menarik perhatian ramai pihak.Namun gara-gara isu tersebut, ada segelintir pihak terutamanya ejen insurans mengambil kesempatan dengan menjadikan k3s tuntutan berkenaan sebagai modal rujukan bagi melariskan produk mereka.

Justeru, peguam syariah yang dilantik Nor Hidayah iaitu Fadhlina Siddiq menegur sikap tidak bertanggungjawab segelintir penyedia perkhidmatan insurans menggunakan k3s anak guamnya sebagai modal pemasaran mereka.

“Ejen-ejen takaful dan hibah, jangan ambil kesempatan atas k3s-k3s begini! Buat marketing tak ada asas dan fakta… menggunakan kesusahan dan pend3ritaan orang lain.

“Apa yang mereka lakukan ini tak baik dan salah daripada segi moral… hentikan tindakan tersebut dan beri ruang untuk proses keadilan semua pihak yang terlibat,” katanya kepada mStar.

Antara paparan skrin ejen insurans menjadikan k3s arw4h Abam sebagai modal pemasaran.

Menerusi carian di Facebook, ternyata d@kwaan peguam berkenaan adalah berasas apabila sememangnya terdapat beberapa ejen insurans menjadikan k3s Nor Hidayah sebagai rujukan bagi memancing pelanggan.Tindakan mereka mempromosikan produk dengan memuat naik kapsyen bersama paparan berita membabitkan arw4h dilihat kurang beretika dan menyentuh sensitiviti keluarga.

Dalam pada itu, Fadhlina turut meminta netizen tidak menyebarkan berita tidak sahih mengenai tuntutan membabitkan Nor Hidayah dan keluarga mentuanya.

Peguam, Fadhlina (kanan) menegur sikap jurujual insurans guna k3s Nor Hidayah untuk menarik pelanggan.

“Saya nasihatkan orang awam jangan sebar atau komen jika tidak pasti kerana segala fakta hanya akan dibentangkan dalam mahk4mah, jadi jangan buat andaian liar.

“Serahkan pada pihak mahkamah untuk menilai dan menjaga kepentingan serta keadilan semua pihak. Prosiding sudah bermula dan jangan ada mana-mana pihak mengganggu proses mahk4mah itu,” ujarnya.Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan men1nggal dunia pada usia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor pada 10 Februari lalu.

Allahy4rham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: http://transformasi.pw/

Be the first to comment on "Ejen Insurans Amik Kesempatan, Guna K3s Faraid Balu Abam, Ini Komen Padu Peguam!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*