“Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutvk” – Nabil Mahir

Pengacara Nabil Mahir meluahkan rasa kes4l dengan sikap segelintir netizen yang sanggup membuat akaun p4lsu di media sosial bagi menyembunyikan identiti sebenar.

Menurut Nabil, rata-rata golongan tersebut menggunakan pendekatan tersebut untuk semata-mata mahu mengh3ntam pengguna lain.

“Ramai di Instagram ini, suka caci orang pasal agama, tapi diri sendiri dan orang terdekat tak terjaga.

“Kelakar, ramai yang sampai sanggup buat akaun p4lsu sekadar nak kutvk m4ki. Seronok ke?” kongsinya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.

Luahan tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakannya memuat naik sekeping foto berpelvkan bersama tunangnya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat baru-baru ini.

Ekoran gambar tersebut, ruangan komen Instagram miliknya kemudian dipenuhi dengan kritikan netizen.

Begitupun, pada masa sama Nabil turut memohon maaf atas segala kekurangan dirinya.

“Maafkan saya terlebih terkurang, kita manusia sama, harap diampunkan.

“Saya doakan kepada semua moga apa-apa masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan. Amin,” coretnya.

Di ruangan komen, posting tersebut turut mendapat perhatian Ayda yang secara berseloroh meminta pelvkan daripadanya.

“Hug (pelvk) Mehhhhhh!” tulisnya.

Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan pada 28 April lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sampai Sanggup Buat Fake Account Sekadar Nak Kutvk” – Nabil Mahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*