K3s Conteng Mural Pemimpin Negara, Tiga Wanita Telah Dibebaskan Gara-Gara…

Pada 20 Julai lalu, negara digemparkan dengan kejadian mural gergasi pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kes4t.

Susulan itu, tiga wanita warga tempatan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu s1asatan.

Walaubagaimanapun hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengumumkan ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan.

Pembebasan itu dibuat selepas tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam k3s itu.

“Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam k3s itu, tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jen4yah itu.

“Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam k3s itu, kami akan terus berusaha lagi,” katanya.

Untuk makluman, sebelum ini juga viral satu visual menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat dua wanita.

Mereka dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara itu.

Sumber : Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "K3s Conteng Mural Pemimpin Negara, Tiga Wanita Telah Dibebaskan Gara-Gara…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*