
Pasangan pengantin sedondon memakai busana putih rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini dan solekan oleh Yna Sakinah.
Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 250 jemputan yang terdiri daripada keluarga, rakan terdekat, selebriti dan media.
Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.
Sebelum ini, Emir atau nama sebenarnya Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, menghantar rombongan keluarga untuk merisik Mira sebagai suri hidupnya pada Disember tahun lalu.
Pada Jumaat lalu, Mira mengadakan majlis khatam al-Quran bersama adiknya iaitu Aina Fadhilah di kediaman keluarganya di Bangi, Jumaat lalu.
Pasangan mepati sejoli itu akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya pada malam, Jumaat.
Sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong pada Ahad
Sementara itu, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu dan Emir merancang untuk berbulan madu dan bercuti di Langkawi.
Video Detik2 Mira Filzah Dinikahkan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press
Sumber: astro awani
Be the first to comment on "Dengan sekali lafaz Mira Filzah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar"