Al-Ma’unah: Kumpulan Ekstremis Pernah Gemparkan Negara Kerana Cuba Lancar Per4ng Terhadap YDP Agong 20 Tahun Lalu

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-63 baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberikan pengampunan kepada 13 bekas anggota Al-Ma’unah yang dijatuhkan hukvman penjara seumur hidup atas kesalahan melancarkan per4ng terhadap Yang di-Pertuan Agong 20 tahun lalu.

Mungkin ada antara korang yang tak pernah dengar tentang kes ini, lagi-lagi bila kes ni pun berlaku sekitar tahun 2000 dulu. Kebanyakan dari kita masa tu kecil lagi. Untuk korang yang tak tahu, jom baca pasal kumpulan pengg4nas yang pernah gegarkan negara ni.

Salah silah kumpulan militan Al-Ma’unah

Kalau korang nak tahu, kumpulan Al-Ma’unah ini dipimpin oleh Mohamed Amin bin Mohamed Razali dan dikatakan ia mempunyai ahli seramai 1,000 orang termasuk dari Malaysia, Brunei, Singapura, Mesir dan Arab Saudi.

Kumpulan yang berpengkalan di Gerik, Perak ini sebenarnya dinamakan sebagai Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Ma’unah yang pada asalnya ditubuhkan untuk mengajar silat, ilmu tenaga batin dan perubatan tradisional Islam.

Pengikut kumpulan ini memang sangat taksub dengan pemimpin dorang sebab Mohamed Amin ini dikatakan mempunyai ilmu silat fizikal dan batin serta boleh menyembuhkan dan memberi peny4kit dari jarak jauh.

Rusvhan Sauk: Misi untuk gulingkan kerajaan Malaysia guna senjata yang dirampas dari kem tentera

Selepas berjaya mendapat pengikut-pengikut yang setia, Mohamed Amin kemudiannya membuat misi untuk gulingkan kerajaan Malaysia dengan memimpin kumpulan berani m@ti seramai 29 orang termasuk seorang Mejar dari TUDM.

Untuk mendapatkan senjata, kumpulan Al-Ma’unah ini telah membuat rancangan untuk cerob0h kem tentera dengan memakai pakaian seragam pegawai tentera kanan dan berpura-pura datang untuk membuat pemeriksaan mengejut terhadap senjata-senjata yang disimpan di dalam kem.

Kerana kumpulan ini datang dengan kereta Pajero menggunakan nombor plat ‘Z’ dan cara dorang berlakon macam orang atasan menjadi, tentera-tentera ni terpedaya dengan t1pu helah kumpulan ini dan membenarkan kumpulan pengg4nas ni untuk ambil senjata dan bahan letupan. Siap ada yang tolong angkat masuk kereta lagi.

Hasilnya, dorang berjaya merampas sebanyak 114 senjata api pelbagai jenis dan 18,000 butir peluru dari dua kem tentera sebelum sembunyikan diri di hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak dan melatih anggota-anggotanya ini untuk menggunakan senjata di sana.

Polis kepung tempat persembunyian lepas orang kampung dengar banyak bunyi tembakan

Disebabkan dorang tengah bersiap-sedia nak gulingkan kerajaan, kumpulan Al-Ma’unah ini kerap berlatih nak gunakan senjata hingga bunyi tembakan ini menimbulkan rasa pelik pada orang-orang kampung yang tinggal berhampiran hutan tersebut.

Selepas mendapat laporan, anggota polis telah mengepung tempat persembunyian kumpulan Al-Ma’unah ini dan turut menghantar beberapa anggota pasukan keselamatan untuk masuk ke dalam perkhemahan kumpulan pengg4nas ini. Tapi, kumpulan ini berjaya menawan beberapa pegawai keselamatan dan seorang penduduk kampung yang sedang mencari buah durian berhampiran kem tersebut.

Antara yang ditawan oleh kumpulan Al-Ma’unah ini adalah Sarjan Mohd Shah bin Ahmad, Koperal Detektif Sanghadevan, seorang anggota komando Grup Gerak Khas ATM, Truper Matthews anak Medan dan seorang penduduk kampung, Jaafar bin Puteh.

Ugvt nak tawan Kuala Lumpur kalau Tun M tak letak jawatan dalam masa 24 jam

Berkomunikasi menerusi radio dengan pihak berkuasa, Al-Ma’unah memberitahu yang mereka akan tawan Kuala Lumpur sekiranya Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri pada ketika itu gagal meletak jawatan dalam masa 24 jam.

Mengimbau saat ditawan, Mohd Shah Ahmad mengatakan yang mereka telah dis3ksa dan did3ra oleh kumpulan pengg4nas itu dan dipaksa untuk menggali parit di sekitar Bukit Jenalik untuk dijadikan benteng pertahanan sekiranya dorang diser4ng.

Pada waktu tengah malam pula, dorang diikat di pokok durian dan Mohd Shah juga turut dipaksa untuk mengebumikan Truper Matthews yang ditembak m@ti oleh Jemari Jusoh selepas mendapat arahan dari Mohamed Amin.

Pada 5 Julai pula, salah seorang anggota Al-Ma’unah, Abu Bakar Ismail telah ditembak m@ti oleh pasukan keselamatan dan sebagai pembalasan, kumpulan ini telah melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan. Semasa ser4ngan balas ini, Saghadevan telah ditembak m@ti. Mohd Shah mengatakan bahawa Saghadevan telah ditembak dua kali di kepala oleh Mohamed Amin.

Jasad Saghavedan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar Puteh.

Al-Ma’unah serah diri

Keesokan harinya, pihak berkuasa kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan pendekatan psikologi dengan memujuk kumpulan pengg4nas ini untuk menyerah diri.

Hasilnya, seorang demi seorang anggota kumpulan ini menyerah diri namun sebelum Mohamed Amin menyerah, dia telah mencengkam baju Leftenan General Zaini dan cuba untuk melepaskan tembakan rambang ke arah lelaki ini, namun Zaini sempat menepis muncung senapang yang dipegang oleh Amin dan peluru tersebut tersasar ke arah salah seorang anggota Al-Ma’unah.

Ekoran ini, Zaini telah diberikan anugerah Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P) kerana keberaniannya dan sumbangannya untuk mengakhiri pertempuran tersebut tanpa mengorbankan nyawa orang lain.

Ser4ngan lain: Bom kilang arak dan kuil Hindu

Untuk pengetahuan korang, selain pertempuran yang berlaku di hutan Bukit Jenalik ini, Mohamed Amin juga pernah menghantar beberapa orang ahlinya untuk letupkan kilang arak Anchor dan Carlsberg yang terletak di Kuala Lumpur dan Shah Alam dan kuil Hindu di Batu Caves menggunakan bom tangan. Namun percubaan ini hanya mendatangkan kerosakan kecil.

Perbicaraan dan hukvman

Selepas ditahan, kumpulan Al-Ma’unah dibawa ke perbicaraan atas tudvhan “melancarkan per4ng terhadap Yang di-Pertuan Agong” mengikut Seksyen 121 Kanun Kes3ksaan yang boleh membawa kepada hukuman m@ti.

Kalau korang nak tahu, kumpulan Al-Ma’unah ni merupakan orang pertama yang disabit atas kesalahan ni di Malaysia tau.

Mohamed Amin dan dua pembantunya, Zahit Muslim (bekas anggota komando VAT-69) dan Jamaluddin Darus telah dijatuhkan hukuman m@ti manakala 16 yang lain diberikan hukuman penjara seumur hidup.

Pada Jun 2003, Mohamed Amin merayu meminta hukuman m@tinya diganti dengan penjara seumur hidup namun ditolak.

Pada 4 Ogos 2006, ketua kumpulan Al-Ma’unah ini telah digantung sampai m@ti di Penjara Sungai Buloh manakala Zahit dan Jamaluddin pula telah digantung seminggu sebelumnya.

Seperti yang disebut pada awal tadi, 13 anggota Al-Ma’unah telah pun mendapat pengampunan dari YDP Agong Sultan Abdullah kerana berkelakuan baik sepanjang di penjara.

Sumber: Wikipedia

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Press

Sumber: Lobak Merah

Be the first to comment on "Al-Ma’unah: Kumpulan Ekstremis Pernah Gemparkan Negara Kerana Cuba Lancar Per4ng Terhadap YDP Agong 20 Tahun Lalu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*